Baharu diterbitkan: Lebih 800 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes, dengan kes meningkat empat kali ganda dalam tempoh 30 tahun lalu! Kes itu meningkat lebih daripada empat kali ganda sejak 1990, demikian menurut data baharu yang dikeluarkan dalam The Lancet pada Hari Diabetes Sedunia pada 14 November 2024.
WHO, yang menyokong kajian itu, meminta tindakan segera bagi mengawal wabak itu.
“Kami melihat peningkatan yang membimbangkan dalam diabetes sejak 3 dekad yang lalu, yang mencerminkan peningkatan obesiti, ditambah lagi dengan kesan pemasaran makanan tidak sihat, kekurangan aktiviti fizikal dan kesukaran ekonomi,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
“Untuk mengawal wabak diabetes global, negara mestilah mengambil tindakan segera. Ini bermula dengan menggubal dasar yang menyokong diet sihat dan aktiviti fizikal, dan, yang paling penting, sistem kesihatan yang menyediakan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan.”
(NOTA: Malaysia mempunyai insiden diabetes tertinggi di seluruh Asia Tenggara. Diabetes telah dikenal pasti sebagai salah satu penyakit pembunuh utama di Malaysia. Perangkaan rasmi 2023 mendedahkan hampir 3.6 juta rakyat Malaysia [15.6%], atau 1 dalam 6 orang dewasa adalah penghidap diabetes. Amalkan gaya hidup sihat untuk mengelakkan daripada menjadi salah satu daripada perangkaan itu.)
Baca laporan WHO di sini:
https://www.who.int/…/13-11-2024-urgent-action-needed…