Kira-Kira 3.6 Juta Rakyat Malaysia Menghidap Diabetes, Tertinggi Di Asia

KIRA-KIRA 3.6 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENGHIDAP DIABETES, TERTINGGI DI ASIA dan antara tertinggi di dunia. 1 daripada 5 orang dewasa Malaysia menghidapnya, seperti yang dilaporkan dalam Kajian Morbiditi dan Kesihatan Nasional.

Menjelang 2025, hampir 1 daripada 3 orang dewasa (7 juta, didiagnosis dan tidak didiagnosis) dianggarkan menghidap diabetes di Malaysia, pendedahan oleh Kementerian Kesihatan pada 2019.

Nasihat CAP: Lindungi Kesihatan Anda. Amalkan gaya hidup sihat untuk mengawal diabetes.

“Bertindak hari ini untuk mengubah hari esok” – International Diabetes Federation