KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DI KALANGAN KANAK-KANAK

Tahukah anda? Melatih anak-anak untuk mengurangkan pengambilan makanan masin sejak dari kecil dapat membantu mencegah masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung di masa depan.

Mengurangkan garam juga dapat meningkatkan fungsi buah pinggang dan mengurangkan risiko obesiti. Kurangkan garam hari ini, pelihara kesihatan anak-anak untuk masa depan yang lebih cerah.

~ Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka

Sumber: Nutritionist KKM