Lakukan lebih Banyak untuk Pekerja Asing yang Memerlukan

Kerajaan di seluruh dunia telah membuat keputusan untuk meletakkan negara mereka dalam beberapa bentuk penutupan dan penyekatan (Lockdown) sebagai langkah untuk memerangi penyakit Covid-19. Sementara jelas ia diperlukan, penutupan dan penyekatan telah meninggalkan sebahagian daripada penduduk negara ini dalam keadaan yang mudah terjejas.

Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meletakkan pekerja asing, yang mempunyai dokumentasi dan yang tidak berdokumetasi, dalam keadaan bahaya memandangkan kebanyakan daripada mereka melaporkan tidak menerima sebarang gaji daripada majikan mereka atau sebarang bentuk bantuan dalam bentuk makanan dan keperluan harian lain.

Hanya baru-baru ini kerajaan membenarkan NGO yang dilarang daripada pengedaran bantuan biasa mereka (makanan, peralatan mandian dan sebagainya) supaya menyambung semula kerja mereka, jika mereka mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, kebanyakan NGO ini sudah pun mempunyai kumpulan sasaran mereka sendiri yang memerlukan bantuan mereka seperti orang kurang upaya, orang tua dan sebagainya. Tidak sesuai bagi NGO ini untuk mencari semua pekerja asing yang memerlukan selain daripada mereka yang biasanya dibantu.

Walaupun kedutaan asing di Malaysia meminta NGO untuk membantu warganegara mereka, Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menggesa pihak kedutaan supaya aktif dalam menyediakan bantuan kepada rakyat mereka dengan berhubung dengan jawatankuasa pengurusan bencana daerah yang berkaitan. Beliau berkata kerajaan akan membantu dalam mendapatkan barangan yang diperlukan oleh pihak kedutaan bagi usaha bantuan mereka.

Walaupun begitu kerajaan perlu melakukan lebih banyak untuk membantu pekerja asing. Apabila ditanyakan menganei nasib pelarian , Menteri Pertahanan itu berkata bahawa “kerajaan tidak membenarkan penduduk tempatan atau asing kelaparan”. Amat penting juga bagi kerajaan mengambil inisiatif untuk membiayai usaha bantuan bagi pekerja asing. Pekerja asing tidak dianggap warganegara, tetapi kita mesti ingat bahawa jika tidak mereka tidak berada di Malaysia untuk melakukan pekerjaan yang ramai rakyat tempatan tidak melakukannya sendiri.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan tidak hanya memudahkan usaha bantuan dari kedutaan asing dan NGO untuk membantu pekerja asing, tetapi turut juga menyediakan kewangan di bawah paker rangsangan Covid-19 memandangkan pekerja asing merupakan sebahagian penting daripada negara ini dan juga atas dasar kemanusiaan.

CAP juga meminta pekerja asing, terutamanya mereka yang tidak mempunyai dokumentasi, diyakinkan bahawa mereka tidak perlu bimbang dalam menerima bantuan ini; sepertimana mereka bebas untuk mendapat ujian bagi Covid-19 tanpa dilaporkan kepada pihak berkuasa.

 

Surat Kepada Pengarang, 4 April 2020