Ramai antara kita suka ‘late night supper’ atau kudap-kudapan waktu malam. Tapi tahukah anda, tabiat ini sebenarnya boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka masa panjang?
Kenapa kita perlu risau? Sebab makan lewat malam boleh:
Mengganggu kualiti tidur
Melambatkan metabolisme & naikkan berat badan
Menyebabkan masalah pencernaan
Meningkatkan risiko penyakit jantung
Meningkatkan risiko menghidap diabetes jenis 2
Jadi, apa boleh kita buat?
- Elakkan makan berat selepas pukul 10 malam
- Pilih snek sihat jika perlu
- Amalkan rutin makan yang teratur & seimbang
Sumber: Nutritionist KKM



