Malaysia membayar harga yang besar kerana tidak melabur secukupnya dan bijak dalam sistem penjagaan kesihatan awam

Sejak pandemik bermula kita mendengar satu perkataan yang sering diulangi dalam sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia. Perkataan itu ialah kekurangan. Apabila Covid-19 bermula, kita kekurangan ujian Covid. Kekurangan ujian difahamkan lebih buruk di luar ibu negara. Ini kerana Malaysia tidak mewujudkan keupayaan ujian yang mencukupi di seluruh negara.

Di negara OECD, mereka bertindak balas dengan cukup cepat kepada keperluan ujian kerana mereka mempunyai rangkaian makmal awam dan swasta untuk berkhidmat kepada sistem penjagaan kesihatan awam dan malah boleh didapati di wilayah atau kota luar bandar.

Pada peringkat awal sistem penjagaan kesihatan awam juga berhadapan dengan kekurangan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan ventilator. Kisah itu yang terdedah ketika tempoh itu mendedahkan bagaimana kekurangan hospital awam kita. Amat menyedihkan bahawa orang ramai, badan kebajikan, kerabat diraja, korporat dan lain-lain terpaksa menjalankan kempen derma untuk membekalkan PPE kepada hospital kita.

Sejak itu kita juga mendengar mengenai kekurangan katil, kakitangan perubatan dan jururawat di hospital. Kita juga mendengar bagaimana kakitangan hospital selama ini berdepan dengan isu tenaga kerja sebelum Covid-19. Orang ramai dan ahli politik juga hanya mula menyedari dalam pandemik ini bahawa Malaysia kurang melabur dalam membina hospital, terutamanya di wilayah dan kawasan luar bandar. Bersama dengan itu, kita juga kekurangan infrastruktur teknologi maklumat (IT). Amat menyedihkan hanya di pertengahan pandemik ahli politik merasakan perlu untuk melabur dalam integrasi data dan sistem janji temu.

Ahli politik kita tidak hanya melabur dengan secukupnya untuk sistem penjagaan kesihatan awam kita, tetapi mereka juga tidak membelanjakan dalam bidang yang paling diperlukan. Contohnya, ahli politik kita membelanjakan wang yang besar ke atas strategi bioperubatan dalam dua dekad yang lepas. Malah masih terdapat kekurangan keupayaan tempatan dalam bentuk pengeluaran vaksin. Malaysia juga tidak mempunyai keupayaan pengeluaran farmaseutikal yang boleh diperuntukkan semula ke arah pengeluaran vaksin. Ini mendedahkan bagaimana ahli politik terlepas pandang bidang penting apabila mereka membelanjakan ke atas strategi bioperubatan.

Malaysia juga mempunyai lebih daripada sejuta pekerja asing berpendapatan rendah, pendatang yang tidak mempunyai dokumen dan pelarian. Tetapi ahli politik tidak mengerti tentang bagaimana untuk mengawal Covid-19 dan memberikan vaksinasi bagi populasi bahagian ini sehingga mereka terpaksa mengambil langkah tegas seperti menahan secara besar-besaran pendatang tidak berdokumen, yang sebenarnya mungkin memburukkan lagi keadaan.

Sementara badan pemikir seperti IDEAS dan sesetengah ahli politik mendesak bagi penswastaan yang lebih luas sistem penjagaan kesihatan awam, pandemik telah membuktikannya salah. Apa yang diperlukan Malaysia ialah sistem penjagaan kesihatan awam yang lebih kuat dengan penyertaan sektor swasta untuk menyediakan penjagaan kesihatan awam yang lebih berkesan dari segi kos, berkesan dan cekap.

Ahli politik Malaysia daripada semua pihak mestilah dengan jujur mengakui kekurangan dalam membina sistem penjagaan kesihatan yang amat diperlukan oleh negara. Pakar penjagaan kesihatan telah lama menasihati mereka untuk menggandakan perbelanjaan penjagaan kesihatan daripada sekitar 4% kepada 8% atau lebih untuk mencapai paras perbelanjaan penjagaan kesihatan OECD.

Mereka juga menggesa ahli politik untuk melengkapkan sistem penjagaan kesihatan awam untuk menanggung beban keperluan kesihatan yang lebih besar dengan meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan awam daripada kurang 50% kepada sekitar 70%. Dalam usaha untuk membiayai perubahan ini, pakar kesihatan menasihati ahli politik Malaysia untuk tidak hanya menggunakan cukai tetapi juga menggunakan penyelesaian seperti levi, zakat, wakaf dan sebagainya.

Kita perlu segera membuat perubahan ke atas sistem penjagaan kesihatan awam sekarang. Biarkan setiap negeri menguruskan tindak balas kesihatan yang boleh dilakukan dengan cepat. Begitu juga, biarlah pakar inovasi dan agensi menjadi pendorong perubahan. Marilah kita bekerja ke arah ekuiti dan kecekapan dalam sistem penjagaan kesihatan awam kita.

Kerajaan boleh mula memperuntukkan semula dan menggunakan semula belanjawan, tenaga kerja perkhidmatan awam dan sumber terhadap sistem penjagaan kesihatan awam untuk membawa negara keluar daripada pandemik ini. Kita perlu membuat perubahan yang dipandu oleh bukti. Ini memerlukan peranan yang lebih besar bagi sektor NGO tempatan, komuniti saintifik dan pakar global, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ahli politik perlu untuk sanggup berkongsi peranan.

Kita memerlukan KKM untuk melepaskan sebahagian tenaga kerja yang bagus kepada kakitangan pakar saintifik/agensi inovasi yang juga perlu menarik kepakaran daripada NGO dan sektor saintifik. Apa yang jelas ialah bukannya kepintaran ahli politik dan birokrat di mana sistem penjagaan kesihatan awam perlu bergantung kepadanya, tetapi inovasi daripada semua pihak. Masa sukar memerlukan keputusan yang sukar dan lonjakan besar yang kita perlukan ialah mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia yang lebih inovatif.

 

Kenyataan Akhbar, 23 Julai 2021