Masalah Air Selangor Perlu Dihentikan Segera

Kerajaan perlu serius menangani masalah meliputi paip pecah, penyelenggaraan, kerja-kerja membaiki, pencemaran air yang berterusan di Selangor yang mengakibatkan gangguan air.

Untuk mencegah episod yang memalukan ini daripada berlaku, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Pihak Bekuasa Tempatan Selangor, Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pihak Berkuasa Pengurusan Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar, Ahli Parlimen Selangor dan Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk bekerjasama dan menyelesaikan masalah ini.

Kami juga menggesa kerajaan supaya memastikan bahawa:

> Kilang dan bengkel dipindahkan jauh daripada rizab sungai dan zon penampan.

> Kilang perlu ditempatkan di zon kilang yang ditetapkan.

> Agensi kerajaan yang berkaitan perlu memantau pelupusan sisa buangan kilang.

Kerajaan juga perlu meneliti semula Akta Kualiti Alam Sekeliling untuk memastikan hukuman penjara mandatori di samping denda yang berat. Alasannya kerana pemilik kilang mungkin mampu untuk membayar denda itu.

 

Kenyataan Akhbar, 11 November 2020