MEMBACA ADALAH TERAPI

“Kenapa saya membaca? Saya tidak boleh menahan diri. Saya membaca untuk belajar dan berkembang, untuk ketawa dan untuk bermotivasi. Saya membaca untuk memahami perkara yang saya tidak pernah didedahkan mengenainya. Saya membaca apabila saya merengus, apabila saya baharu sahaja mengatakan sesuatu perkara bodoh kepada orang yang saya sayangi.

Saya membaca bagi mendapatkan kekuatan untuk membantu saya apabila saya berasa bercelaru, putus asa, dan takut. Saya membaca apabila saya marah kepada seluruh dunia. Saya membaca apabila semuanya berjalan lancar. Saya membaca untuk mencari harapan.

Saya membaca kerana saya bukan sahaja terdiri daripada kulit dan tulang, penglihatan, perasaan, dan sangat memerlukan coklat, tetapi saya juga terdiri daripada kata-kata. Kata-kata menggambarkan fikiran saya dan apa yang tersembunyi di dalam hati saya.

Kata-kata itu hidup iaitu apabila saya menemui cerita yang saya suka, saya membacanya berulang kali, seperti memainkan lagu kegemaran berulang kali.

Membaca bukanlah pasif kerana saya memasuki ceritanya dengan watak-watak, menghirup udara mereka, merasakan kekecewaan mereka, menjerit kepada mereka untuk berhenti apabila mereka akan melakukan sesuatu yang bodoh, menangis bersama mereka, ketawa dengan mereka.

Membaca bagi saya, adalah menghabiskan masa bersama dengan seorang kawan. Buku adalah kawan. Membaca umpama mendapat kawan yang tidak terhad.”

– Gary Paulsen in Shelf Life: Stories by the Book

(Sumber: English Literature)