
Sambutan Baik terhadap Program Perkongsian Benih & Penjimatan Tenaga Minggu Tindakan Hijau CAP mengenai “Menyejukkan Secara Semulajadi”
Minggu Tindakan Hijau (GAW), yang berlangsung antara September dan November setiap tahun, merupakan kempen tindakan bersama global untuk menggalakkan penggunaan mampan dalam komuniti.
Selaras dengan tema GAW 2024, “Berkongsi Petua Penjimatan Tenaga: Menyejukkan Secara Semulajadi” – CAP menganjurkan program penjimatan tenaga pada 5 Oktober 2024 untuk mempamerkan manfaat menggunakan tanaman yang menyejukkan. Para peserta program itu diperkenalkan dengan minuman yang menyegarkan, menyihatkan dan menyejukkan yang diperbuat daripada bahan semula jadi. Kaedah penyejukan semula jadi ini boleh membantu mengawal suhu dalaman untuk mengurangkan pergantungan kepada peralatan intensif tenaga.
Minggu Tindakan Hijau CAP ini menarik minat dan sambutan orang ramai yang baik.
Memperkenalkan Herba Semula Jadi yang Menyejukkan Tubuh
Bahan penyejuk yang berikut dipamerkan dalam program CAP.











