Menurut National Health and Morbidity Survey 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.
Tip penurunan berat badan:
> Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu.
> Tetapkan corak pemakanan yang seimbang Suku Suku Separuh dan hadkan pengambilan kalori.
> Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam.
> Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)