Pakatan Faustian? Selamat Datang ke Dunia Kapitalisme Pengawasan

Dalam kehidupan moden masa kini Internet tidak dapat dielakkan. Ia memberikan banyak kesenangan kepada kita, begitu banyak maklumat dan kemudahan. Dan kini ia telah menembusi kehidupan dan rumah, di tempat kerja, hiburan, kewangan, pendidikan, mesyuarat, parkir kereta dan peralatan kita. Dalam hampir semua perkara. Kebanyakan daripada kita tidak dapat hidup dalam sehari tanpa berhubung dengan perkara ini.

Apakah keuntungan dan kerugian bagi semua kemudahan dan kemajuan ini?

Kita mungkin pada asasnya akan kehilangan kedaulatan, hak kita untuk membuat pertimbangan dan keputusan oleh diri kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh kuasa lain. Mungkin kita berfikir kita tidak boleh dipengaruhi, tetapi kenapa mereka membelanjakan berbilion untuk mengesan kita, mengetahui tingkah laku peribadi, apa yang kita suka dan tidak suka, mendengar kita dan meramalkan langkah kita seterusnya. Dan memberitahu kita apakah yang perlu dibeli, bagaimana untuk berfikir, bagaimana untuk mengundi, dan apakah kehidupan yang baik? Dan terdapat juga ramai pengguna muda seperti kanak-kanak atau malah orang dewasa di luar sana yang mungkin begitu mudah untuk dipengaruhi dan tidak tahu apakah yang terbaik untuk mereka.

Interaksi kita dengan Internet mungkin berkembang kepada pakatan “Faustian”. “Faustian” dalam bentuk masa kini di mana kita tidak dapat hidup tanpanya atau berpisah daripadanya, walaupun kita memberikan tumpuan begitu banyak mengenai diri kita sendiri. Kita mengetahui amat sedikit mengenai orang, perbadanan, atau kumpulan di belakang Internet; atau governan; atau logik yang wujud dalam sistem Internet tetapi mereka mengetahui apa sahaja mengenai kita dan mempunyai rekod apa sahaja yang kita lakukan dalam Internet, sama ada dalam komunikasi moden, perbankan Internet, Internet untuk segala perkara (IoT), mengisi dokumen rasmi, kereta tanpa pemandu dan seterusnya. Kita mungkin menyerahkan kedaulatan diri kita, walaupun ramai daripada kita fikir tiada apa untuk disembunyikan.

Tetapi kita mungkin secara tidak sengaja membantu untuk meletakkan kuasa ditangan mereka yang sudah pun berkuasa. Sistem pengawasan mengupayakan institusi yang sudah pun berkuasa – perbadanan, tentera dan polis. Big Brother dan Kapitalisme Pengawasan sedang memerhati.

Dalam bukunya, THE AGE OF SURVEILLANCE CAPITALISM: The Fight for a Human Future at the New Frontier of Power oleh Shashana Zuboff, mendefinisikan  Kapitalisme Pengawasan sebagai berikut:

  1. Order baharu ekonomi yang mendakwa bahawa pengalaman manusia sebagai bahan mentah bebas untuk amalan pengeluaran, ramalan dan jualan bagi komersial yang tersembunyi;
  2. Logik ekonomi parasit di mana pengeluaran barangan dan perkhidmatan disubordinat kepada arkitektur global baharu pengubahsuaian tingkah laku;
  3. Mutasi kapitalisme penyangak ditanda dengan tumpuan kekayaan, pengetahuan dan kuasa belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah manusia;
  4. Rangka kerja asas pengawasan ekonomi;
  5. Sebagai ancaman penting kepada alam manusia dalam abad ke 21 sepertimana industri kapitalisme terhadap dunia semula jadi pada abad ke 19 dan 20;
  6. Asal kuasa instrumentarian baharu yang menegaskan penguasaan ke atas masyarakat dan menghadirkan cabaran mengejutkan kepada pasaran demokrasi;
  7. Satu pergerakan yang bermatlamat untuk mengenakan order kolektif baharu berdasarkan kepada kepastian sepenuhnya;
  8. Perampasan kritikal hak asasi manusia yang difahami dengan lebih baik sebagai rampasan kuasa daripada atas: penggulingan kedaulatan orang ramai.

Beliau juga berkata bahawa “Kapitalisme pengawasan bukan teknologi; ia adalah logik yang menerapkan teknologi dan arahan kepada tindakan.  … Ia adalah kapitalisme yang memberikan tanda harga penaklukan dan tidak berdaya, bukan teknologi. Kapitalisme pengawasan adalah logik dalam tindakan dan bukan teknologi adalah titik penting kerana  kapitalis pengawasan mahu kita berfikir bahawa amalan mereka adalah ekspresi teknologi yang tidak dapat dielakkan yang mereka gunakan.”

Kita mungkin dijadikan manusia homogen yang boleh diramalkan untuk pasaran dan kuasa politik. Kapitalisme perindustrian merosakkan hubungan kita dengan alam semula jadi. Kapitalisme pengawasan  merosakkan jiwa dan sifat manusia.

Pengguna mestilah tidak membenarkan perkara ini berlaku. Kita mestilah menegaskan dan tidak membenarkan Kapitalis Pengawasan untuk melakukan perlombongan data dan lebih lagi daripada tindakan kehidupan kita. Asimetri dalam Internet mestilah dibendung oleh pengguna dan kerajaan, bagaimana sukarnya atau mencabar sekalipun.

 

Kenyataan Akhbar/ Surat Kepada Pengarang, 22 Jun 2021