Pemakanan berasaskan tumbuhan baik untuk jantung

Kajian semula data selama 4 dekad yang melihat 30 ujian sejak 1982 dan melibatkan hampir 2,400 orang dari seluruh dunia menunjukkan diet vegetarian dan vegan mengurangkan kolesterol jahat sebanyak 10%, jumlah kolesterol sebanyak 7%, dan apolipoprotein B (protein utama dalam kolesterol jahat) sebanyak 14%.

Tahap kolesterol jahat yang tinggi membawa kepada timbunan lemak dalam saluran darah, yang akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

Sumber: https://www.bbc.com/news/health-65697535