Pemindahan Pokok Menyebabkan Kesesakan Trafik di Green Lane, Pulau Pinang

Projek pelebaran jalanraya oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menyebabkan kesesakan trafik awal pagi ini.

Enam belas pokok di sebahagian jajaran Jalan Masjid Negeri telah dirancang untuk dipindahkan dalam projek pelebaran jalan ini. Kerja-kerja pemindahan telah dilakukan pada waktu malam bermula minggu lepas.  Apabila sampai masanya untuk pemindahan pokok ke dua belas, operasi ini tertangguh kerana pekerja-pekerja terlihat kabel elektrik di akar.

Mujurlah pekerja-pekerja tersebut sempat berhenti sebelum apa-apa kemalangan yang tidak diingini berlaku. Persoalannya ialah bagaimana pihak berkuasa tidak tahu tentang utiliti bawah tanah? Bukankah ia penting untuk mengenal pasti utiliti terutamanya utiliti bawah tanah dalam proses merekabentuk jalan raya?

Maklumat yang tepat mengenai lokasi utiliti adalah perlu terutamanya apabila kerja-kerja penggalian dijalankan. Selain berpotensi menyebabkan kerosakan kepada utiliti, maklumat itu adalah penting untuk mengurangkan risiko keselamatan yang serius kerana ia boleh menyebabkan kematian, kecederaan diri atau kerosakan harta benda.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini telah menimbulkan pertanyaan sama ada projek pelebaran jalan yang melibatkan pemindahan pokok ini adalah perlu. Bantahan CAP kepada Kerajaan Negeri dan MBPP tidak diendahkan, dan mantera “Hijau” Negeri tidak diperkotakan.

 

Kenyataan Akhbar, 12 Ogos 2016