
Hanya 403 Pusat Data di AS Menghasilkan Lebih Banyak Pencemaran Berbanding Denmark
Penyelidikan baharu mendedahkan berepa jumlah pencemaran yang boleh dihasilkan oleh pusat data.
Menurut satu kajian oleh Universiti Harvard, 403 pusat data berskala besar di Amerika Syarikat (AS) telah membebaskan kira-kira 25.7 juta tan metrik karbon dioksida (CO2) antara Mei 2024 dan April 2025. Jumlah ini secara kasarnya setara dengan atau lebih besar daripada jumlah pelepasan karbon tahunan Denmark, yang mempunyai populasi seramai 6 juta orang.
Dalam tempoh itu, kemudahan ini menggunakan kira-kira 82 terawatt-jam elektrik, yang merangkumi kira-kira 1.8% daripada jumlah penggunaan elektrik di AS. Kira-kira 54% daripada bekalan elektrik itu diperoleh daripada bahan api fosil, termasuk lebih kurang 38% daripada gas asli dan 15% daripada arang batu.
Anggaran pelepasan ini juga adalah 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding anggaran awal dari 2018. Para penyelidik memberi amaran bahawa angka-angka itu mungkin sudah ketinggalan zaman, memandangkan pembinaan pusat data yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI) terus berkembang pesat selepas tempoh kajian berakhir pada April 2025.
Hanya 4 negeri iaitu Virginia, Oregon, Ohio, dan Iowa menyumbang kepada lebih separuh daripada penggunaan elektrik yang dikaji.
Dapatan ini menyerlahkan lagi satu cabaran yang semakin meningkat: dunia digital mungkin kelihatan tidak ketara, namun infrastruktur di sebaliknya memerlukan jumlah elektrik dan sumber fizikal yang sangat besar.
Kecerdasan buatan sedang berkembang dengan pesat. Persoalannya ialah mampukah sistem tenaga yang menyokong pertumbuhan itu menjadi lebih bersih pada kadar yang sama?
Masa depan AI tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan tahap keupayaannya, tetapi juga melalui kos alam sekitar yang terpaksa ditanggung untuk mengoperasikannya.
Sumber: Techworm; Facts They Don’t Teach You

