Plumbum adalah logam berat yang berlaku secara semula jadi, sering digunakan dalam industri. Ia boleh tersebar dengan meluas dalam alam sekitar melalui pencemaran air, debu, tanah, dan cat.
Anak kecil paling berisiko terhadap plumbum. Pendedahan plumbum boleh menjejaskan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.
Plumbum boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tetapi kanak-kanak di bawah usia lima tahun lebih berisiko kerana mereka cenderung memasukkan tangan atau objek lain ke dalam mulut mengakibatkan menyerap lebih banyak plumbum yang ditelan berbanding orang dewasa. Memandangkan otak mereka masih berkembang ia lebih sensitif kepada kesan plumbum.
Kanak-kanak juga terdedah kepada plumbum daripada cat apabila cat yang tercemar dengan plumbum pada permukaan yang dicat mula serpih atau merosot menyebabkan plumbum dilepaskan ke dalam alam sekitar. Pendedahan plumbum berbahaya kepada kanak-kanak pada paras yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Sebagai tambahan kanak-kanak menyerap sehingga 5 kali lebih banyak plumbum yang ditelan berbanding orang dewasa.
Apabila anak kecil terdedah kepada plumbum, ia membahayakan sistem saraf yang mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Ia juga dikaitkan dengan peningkatan kadar hiperaktif, kurang perhatian, kenakalan remaja dan penggunaan dadah. Kesan pendedahan plumbum pada kanak-kanak berterusan sepanjang kehidupan dan mempunyai kesan jangka panjang ke atas prestasi kerja dan dikaitkan dengan kemerosotan kejayaan ekonomi.