Setiap kali menyapu bedak talkum pada tubuh, anda mendedahkan diri kepada bahan yang berisiko berbahaya dan tidak selamat. Sebaiknya cubalah buat bedak anda sendiri – bedak sejuk. Ia bukan sahaja bebas bahan kimia yang memudaratkan malah membuatkan kulit terasa sejuk dan nyaman.
Cara membuat bedak sejuk
- Kisar 3kg beras hingga menjadi serbuk
- Rendam dalam air yang dicampur wangian asli seperti bunga cempaka, bunga melur atau daun pandan selama 3 bulan
- Tukar airnya dengan kerap
- Apabila larutan itu menjadi pekat, buangkan lebihan air di bahagian atasnya
- Kemudian tuang pes pekat itu di atas kain muslin dan keringkannya di tengah panas matahari
Apabila mengering, ia menjadi ketulan kasar – inilah bedak sejuk. Simpanlah di dalam botol agar ia tahan lama.
Cara memakainya
Campurkan ketulan itu dengan sedikit air hingga menjadi pes. Sapukan ke muka, leher dan bahu. Dengan serta merta anda akan berasa nyaman.