Pengguna Dipukau

Pemasar menggunakan semua jenis muslihat, gimik, menyihir secara psikologi dan memeras ugut emosi untuk mengeksploit anda supaya membeli. Pernahkah anda mengalami apa yang dijelaskan oleh jurujual kereta yang telah bersara di bawah ini? Kemudian menyesali dengan pembelian itu? Ramai daripada kita mengalaminya akibat MEMBELI TANPA BERFIKIR.

Pengiklan mencipta kemahuan dan kebanyakan masa – benda yang sering tidak diperlukan – diiklankan paling banyak. Antaranya minuman ringan dan rokok yang tidak sihat. Kini trend rawatan untuk menjadi langsing dan cantik.

Model telefon bimbit terbaharu dan barang lain diiklankan untuk menggoda atau memukau anda supaya membeli. Atau memastikan anda ke restoran mewah atau restoran makanan segera yang tidak sihat? Adakah ia benar-benar baik dan perlu dan adakah anda memerlukan barang itu atau menaik taraf?

Pulang sahaja ke rumah dan lihatlah pada semua pakaian, kasut, perabot, suplemen dan aksesori yang tidak digunakan dan tidak perlu yang berselerak di rumah anda. Lakukan inventori dan kira berapa banyak yang anda boleh jimatkan? Lain kali apabila anda membeli- belah, ingatlah barangan yang bersepah tidak digunakan yang anda kumpulkan atau berapa banyak telefon bimbit yang anda bawa pulang ke rumah.

Maklumat lanjut: Jangan Jadi Mangsa Beli Tanpa Berfikir