Jika anda mencari alternatif yang lebih berkesan dan selamat kepada kafein, lupakan apa yang dipanggil perangsang herba seperti guarana, kacang kola, yerba mate dan ma huang (ephedra). Ia tidak lebih daripada sumber tumbuhan kafein dan ubat perangsang lain. Ia merangsang sistem saraf pusat, mengakibatkan tekanan adrenal yang akhirnya membahayakan anda.
Elakkan minuman tenaga juga kerana kebanyakannya mengandungi kafein.
Berikut adalah beberapa alternatif selamat.
- AIR KOSONG. Tubuh kita kira-kira dua pertiga adalah air. Kita memerlukan air untuk mengekalkan banyak tindak balas bahagian kimia penting tubuh kita dan mengekalkan suhu tubuh yang betul.
Air juga menghidratkan semula kerana ketika bersenam contohnya air hilang sebagai peluh (dan pernafasan yang dikeluarkan), dan ini boleh membawa kepada penyahhidratan jika cecair tidak diganti.
Penyahhidratan boleh menyebabkan penuaan. Ia juga memperlahankan metabolisme anda; malah penyahhidratan ringan akan memperlahankan metabolisme anda sehingga 3%.
Air juga membantu mengeluarkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kepada sel tubuh. Radikal bebas meningkatkan secara mendadak ketika anda dinyahhidratkan.
Tambahan lain: Meminum air sebelum dan semasa aktiviti fizikal boleh meningkatkan prestasi olahraga anda.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai air yang perlu anda ketahui:
- Kekurangan air pencetus utama keletihan pada siang hari.
- Kajian awal menunjukkan bahawa 8-10 gelas air sehari boleh mengurangkan dengan ketara kesakitan sendi dan belakang sehingga 80% kepada penderitanya. Hanya mengambil 16 aun air boleh menghentikan tindak balas alahan, sakit kepala sinus dan serangan asma.
- Kejatuhan cuma 2% dalam air tubuh boleh mencetuskan ingatan jangka pendek yang kabur, bermasalah dengan matematik asas dan sukar memberikan tumpuan kepada skrin komputer atau halaman bercetak.
- 8-10 gelas air disarankan. Tetapi JANGAN BERLEBIHAN. Meminum terlalu banyak air ( 2 gelen sehari) akan membuang elektrolit tubuh anda dan ini boleh membawa kepada koma dan kematian.
- BUAHAN DAN KACANG. Ia tinggi boron, mineral surih yang membantu menambah baik kepekaan mental. Boron meningkatkan aktiviti elektrik dalam otak dan membantu melawan mengantuk. Boron ditemui dalam epal, pir, pic dan anggur. Ia juga ada dalam kacang dan sayuran berdaun.
- JUS SAYURAN TULEN. Jus sayuran seperti pemindahan darah. Ia cepat diserap jadi khasiatnya berada dalam aliran darah anda dalam tempoh 15 minit selepas diminum tanpa mengambil masa dan proses pencernaan menghabiskan tenaga.
- BAWANG PUTIH DAN LADA. Bawang putih menaikkan mood secara semula jadi. Penyelidikan menunjukkan ia mengurangkan keletihan, kebimbangan, sensitiviti, kegelisahan dan mudah marah. Lada mengandungi capsaicin yang mendorong pengaliran endorfin dalam otak (hormon yang menggembirakan tubuh) yang memberikan anda khayal sementara.
- Inilah cara yang paling baik untuk lebih bertenaga. Ia memberikan rangsangan utama tenaga, membangkitkan semangat anda dan menjadikan anda merasa gembira. Mereka yang bersenam dengan kerap tidak memerlukan perangsang tiruan kerana mereka berhubungan dengan rangsangan kehidupan itu sendiri.
Panduan merangsang tenaga lain
Sebagai ganti mengambil Coke atau Pepsi, cuba strategi bukan kafein ini untuk mengekalkan paras tenaga yang baik:
- Dapatkan tidur yang cukup pada waktu malam. Jika anda letih pada siang hari, tidur sebentar.
- Berjalan dengan pantas 10 minit.
- Makan secara teratur, hidangan yang menyihatkan. Elakkan makanan berlemak dan alkohol – ia membuatkan anda merasa “pening”.
- Cuba untuk tidak mengelakkan atau melengahkan makan. Dan elakkan makan dengan banyak – pencernaan makanan yang banyak menggunakan lebih banyak tenaga dan menyebabkan anda mahu tidur sebentar.
Dipetik daripada PANDUAN CAP: Sejauh Mana Toksiknya Secawan Kopi? Boleh diperolehi di sini: https://consumer.org.my/ms/product/sejauh-mana-toksiknya-secawan-kopi/