Pada 29 Januari 2026, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk membantu dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pengurusan sisa elektronik (e-sisa). Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, penahanan tersebut dilaksanakan selepas pegawai-pegawai berkenaan menghadirkan diri di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Dakwaan tersebut melibatkan ketidakaturan sistemik dalam pengurusan e-sisa, suatu sektor kritikal untuk integriti alam sekitar dan kesihatan rakyat Malaysia. Salah urus atau rasuah dalam bidang ini mempunyai risiko untuk mendedahkan komuniti kepada sisa berbahaya, serta menjejaskan komitmen Malaysia kepada pembangunan mampan, dan menghakis kepercayaan dalam tadbir urus alam sekeliling.
Menurut laporan-laporan media, seawal Februari 2026, SPRM telah membekukan 16 akaun bank yang mengandungi RM10.2 juta, bersama dengan RM1 juta lagi dalam akaun-akaun korporat dan individu berkaitan. Wang tunai berjumlah lebih daripada RM170,000 dan barangan bernilai RM220,000 juga turut dirampas.
Kami juga dimaklumkan bahawa pada awal Mac 2026, SPRM telah mengumumkan bahawa mereka telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dengan cadangan agar pegawai-pegawai tertinggi JAS tersebut dituduh dengan rasmi.
Walau bagaimanapun, susulan itu, tiada maklumat lanjut yang dikemukakan secara telus dan ianya tidak jelas sama ada pegawai-pegawai tertinggi JAS tersebut telah digantung tugas sementara menunggu pertuduhan rasmi terhadap mereka. Dengan membenarkan mereka untuk meneruskan dengan tugas mereka membangkitkan isu-isu serius berhubung dengan pengacauan bukti dan menjejaskan usaha pendakwaan.
Memandangkan perkara di atas, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) dengan ini menuntut:
- Pengemaskinian Status Secara Segera: SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) mesti mendedahkan status semasa perkara ini, termasuk garis masa bila pegawai-pegawai tersebut akan didakwa.
- Langkah Perlindungan Interim: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mesti menjelaskan apakah-langkah langkah pentadbiran yang telah diambil untuk mengelakkan percanggahan kepentingan atau salah guna kuasa diteruskan sementara siasatan sedang dijalankan.
- Kebertanggungjawaban Awam: Maklumat yang dikemaskini mesti diberikan kepada orang awam untuk memastikan ketelusan dan mengukuhkan keyakinan terhadap institusi anti-rasuah dan institusi perlindungan alam sekitar Malaysia.
Kepimpinan alam sekitar Malaysia tidak boleh dijejaskan dengan ketidaktelusan atau kelewatan. Rakyat berhak untuk mendapatkan penjelasan bagaimana dakwaan rasuah di peringkat tertinggi JAS sedang ditangani.
Kami menyeru SPRM, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Kementerian untuk bertindak dengan tegas, telus, dan selari sepenuhnya dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik serta keadilan alam sekitar.
Meenakshi Raman
Presiden
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Pushpan Murugiah
Ketua Pegawai Eksekutif
Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
Kenyataan Media, 24 Mac 2026


