PETISYEN KEPADA PERDANA MENTERI YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: HENTIKAN OPERASI PENANGKAPAN WARGA ASING TANPA DOKUMEN, FOKUS KEPADA MATLAMAT MENGAWAL PENULARAN WABAK COVID-19

#jangancetuskluster

Kenyataan akhbar oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 29/5/2021 dan 3/6/2021 telah mewujudkan persepsi di kalangan ramai bahawa kerajaan telah buat keputusan melancarkan rancangan untuk menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen (ataupun pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam lingo kerajaan) pada skala besar-besaran dalam masa yang singkat.

Kami dari pelbagai organisasi dan individu yang menandatangani petisyen ini berpendapat bahawa pendekatan menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen pada masa ini akan merumitkan lagi usaha melawan pandemik di kalangan rakyat Malaysia, kerana:

  1. Operasi sebegini akan menakutkan kaum pekerja asing sama ada antara mereka yang  berdokumen ataupun tidak berdokumen. Malahan, tindakan sedemikian akan menyebabkan mereka menjauhi mana-mana wakil pentadbiran kerajaan. Justeru, ini akan mengalahkan usaha kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia. Imuniti kelompok memerlukan penyuntikan vaksin bagi 80% penduduk Malaysia, termasuk komuniti warga asing. Kegagalan mencapai tahap vaksinasi 80% penduduk akan melewatkan pemulihan ekonomi negara dan melanjutkan penderitaan rakyat kita.
  2. Ada kemungkinan besar bahawa penangkapan dan penahanan PATI pada masa ini akan menyebabkan kluster-kluster baru Covid 19 di pusat-pusat tahanan imigresen. Ini akan meningkatkan penularan wabak Covid 19 di kalangan PATI dan juga akan menjangkiti pegawai imigresen, anggota polis dan kakitangan mahkamah (yang terlibat dalam pengendalian reman) serta ahli-ahli keluarga mereka. Kebarangkalian ini boleh dan harus dielakkan.
  3. Jabatan imigresen tiada kapasiti untuk menangkap dan menghantar balik 2 hingga 3 juta PATI yang berada di Malaysia. Menurut Suhakam, anggaran pada 1 Julai 2020 menunjukkan bahawa pusat-pusat tahanan imigresen yang hanya boleh menanggung 12,530 orang tahanan sahaja telah  melebihi kemampuannya dengan dipenuhi seramai 15,163 orang tahanan. Selain itu, lebih daripada 95% orang PATI sedang bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara. Bahkan, aktiviti ekonomi negara kita juga memerlukan perkhidmatan mereka.

Mungkin YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin percaya ketegasan beliau dalam hal ini akan membantu dalam mengatasi masalah wabak Covid-19. Tetapi beliau  harus mengingati bahawa setiap pelan tindakan yang diambil mestilah berasaskan analisa saintifik yang jelas, objektif dan munasabah. Pada masa ini pendekatan menangkap dan menahan PATI akan memudaratkan usaha kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Kami amat berharap YAB akan membawa isu ini ke persidangan Majlis Keselamatan Negara supaya satu pendekatan yang lebih sesuai dan bersepadu dapat digubal bagi  pengendalian warga asing tanpa dokumen semasa wabak Covid-19 merebak. Pada ketika ini,  kita harus fokus kepada matlamat mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita. Matlamat-matlamat lain adalah sekunder dan harus ditangguhkan jika ia bercanggah dengan matlamat utama iaitu mengawal dan mengatasi penularan wabak Covid-19.

Terima kasih.

Yang benar,

Ditandatangani oleh:

Organisasi:

  1. People’s Health Forum (Forum Kesihatan Rakyat)
  2. Citizens’ Health Initiative
  3. Agora Society Malaysia
  4. Third World Network
  5. Health Equity Initiatives
  6. Parti Sosialis Malaysia
  7. Aliran
  8. All Women’s Action Society (AWAM)
  9. Alternatives to Violence Project (AVP Malaysia)
  10. ALTSEAN-Burma
  11. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  12. Archdiocesan Human Development Commission (AHDC)
  13. Asylum Access Malaysia
  14. Beyond Borders Malaysia
  15. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  16. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED)
  17. Consumers Association of Penang (CAP)
  18. Demokrat Kebangsaan
  19. Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
  20. Dewan Pimpinan Pusat Gabungan Serikat Buruh Indonesia (DPP GSBI)
  21. ENGAGE
  22. Episcopal Commission for the Pastoral Care of Migrants & Itinerants (ECMI)
  23. Family Frontiers
  24. Forum Ekonomi Manusiawi
  25. Fugee
  26. G25 Malaysia
  27. GERAK
  28. Geutanyoe Foundation
  29. Humanity Heroes Foundation
  30. IMAN Research
  31. In Between Cultura
  32. Institute for Leadership and Development Studies
  33. International Women’s Rights Action Watch Asia Pacific
  34. Islamic Renaissance Front
  35. Jaringan kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia
  36. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  37. Koalisi Buruh Migran Berdaulat
  38. Lembaga Bantuan Hukum Bina Karya Utama (LBH-BKU)
  39. Liga Rakyat Demokratik
  40. LLG Cultural Development Centre
  41. Mahasiswa Amanah Nasional
  42. Mahasiswa Keadilan Malaysia
  43. Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM)
  44. Malaysia Hindu Sangam
  45. Malaysian CARE
  46. Malaysian Health Coalition
  47. Malaysian Medical Association (MMA)
  48. Malaysian United Democratic Alliance (MUDA)
  49. Migrant Workers Right to Redress Coalition
  50. Monitoring Sustainability of Globalisation
  51. Muslim Professionals Forum
  52. MyPJ
  53. New Student Movement Alliance of Malaysia (NESA)
  54. North South Initiative
  55. Our Journey
  56. PACOS Trust
  57. Pemuda Sosialis
  58. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  59. Persatuan Kebajikan Anak Anak Miskin Sabah
  60. Persatuan Kebajikan Biji Sawi (Mustard Seed Soup Kitchen)
  61. Persatuan Kebajikan Komuniti Dan Dialog
  62. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  63. Pertubuhan IKRAM Malaysia
  64. Pertubuhan Jaringan Orang Asli Johor (JPOAJ)
  65. PeSAWAH
  66. Prison Fellowship Malaysia Sabah
  67. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
  68. Pusat Komas
  69. Refuge For The Refugees
  70. Sabah Reform Initiative (SARI)
  71. Sahabat Alam Malaysia
  72. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  73. Serikat Buruh Migran Indonesia (SBMI) Nusa Tenggara Timur (NTT)
  74. Sisters in Islam
  75. Stairway to Hope
  76. Student Progressive Front UUM
  77. Student Unity Front UKM
  78. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  79. Tenaganita
  80. Tindak Malaysia
  81. Titular Roman Catholic Archbishop of KL (TRCAKL)
  82. Together Against Cancer (TAC)
  83. UMANY

Individu:

  1. Abu Mufakhir
  2. Ahmad Kamal
  3. Ananti Rajasingam
  4. Andrew Khoo
  5. Anthony David
  6. Arief Subhan
  7. Arutchelvan
  8. Bernice Ho
  9. Bin Rites
  10. Celine Khoo
  11. Charles Bertille
  12. Cikgu Mohd Azmi b Abdul Hamid
  13. CR Selva
  14. Dato’ Dr Amar-Singh HSS
  15. Dato M. Ramachelvam
  16. Dato Noor Aziah Mohd Awal
  17. Datuk Ambiga Sreenevasan
  18. Datuk Dr Anwar Fazal
  19. Datuk Dr Toh Kin Woon
  20. Dr Alice Nah
  21. Dr Ayesah Uy Abubakar
  22. Dr Hartini Zainudin
  23. Dr Jeyakumar Devaraj
  24. Dr Lee Boon Chye
  25. Dr Ryan Chua
  26. Elain Lockman
  27. Elaine Lau
  28. Faisal Tehrani
  29. Hamidon Ali
  30. Hana Maisurah
  31. Heidy Quah Gaik Li
  32. Hew Kuen Hin
  33. Jarud Romadan
  34. Jeremy Kwan
  35. Jeyaraj
  36. Kelvin Soimin
  37. Lilian Si
  38. Lim Siew Kiau
  39. Linda Lumayag
  40. Loh Jon Ming
  41. LY Phang
  42. Lynn Tung
  43. Pusenthi P.Maniam
  44. Mahirah Hanis
  45. Mary Shanthi Dairiam
  46. Mohd Nadzir bin Mohd Nordin
  47. Muhammad Sha’ani bin Abdullah
  48. Mui Mei Moon
  49. Nazihah Muhamad Noor
  50. Ng Peng Wah
  51. Nik Elin Zurina Bt Nik Abdul Rashid
  52. Ooi Vern Hau
  53. Peter Pang
  54. Prof Shad Saleem Faruki
  55. Pua Lay Peng
  56. Ronnie Hii
  57. Saha Deva A. Arunasalam
  58. Salina Hussein
  59. Sangeeta choudhury
  60. Sivarajan A
  61. Sunita Rajakumar
  62. Surina Shukri
  63. Teng Pooi Kui
  64. Teoh Siang Chin
  65. Thamboo Devaraj
  66. Veronica Anne Retnam
  67. Victoria Ng Yiow Kheng
  68. Vizla Kumaresan
  69. Yap Heng Lung
  70. Zahid Alom
  71. Zhen Ling Ong