Pewangi Ros

Haruman ros itu mungkin diperbuat dengan apa saja wangian daripada 3,100 stok ramuan bahan kimia industri.

Haruman moden dibuat daripada bahan kimia. Untuk menjadikan pewangi lebih murah, bauan bunga sebenar digantikan dengan haruman sintetik yang dipenuhi dengan bahan kimia, banyak daripadanya beracun kepada kesihatan.

Komponen bahan kimia dalam haruman disatukan bersama dan dilabelkan hanya sebagai “pewangi” atau “haruman”. Istilah ini adalah tangkap muat bagi 10,000 ramuan berbeza,” kaya Dr Heather Patisaul, ahli biologi di North Carolina State University yang mengkaji pendedahan alam sekitar terhadap manusia.

Pengeluar pewangi dibenarkan menggunakan lebih 400 ramuan sebagai “haruman” untuk melindungi formula dagangan mereka.

95% bahan kimia yang digunakan dalam haruman adalah sebatian sintetik yang berasal daripada petroleum. Oleh itu haruman boleh mencetuskan asma, alahan, sakit kepala migrain dan sensitiviti kepada bahan kimia. “Apa sahaja yang memberikan bau wangi cenderung memberikan alahan,” kata Patisaul.

Kita sebenarnya menghidu bau pelarut, penstabil, penyerap UV, pengawet dan pewarna dalam pewangi. Bahan penambah ini kerap, tetapi bukan selalu, dilabelkan pada produk.

Untuk maklumat lanjut mengenai haruman, bacalah Panduan CAP, “Pewangi adalah Racun”. Boleh didapati di sini:

http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/124