Description
ISBN: 978-967-5447-73-0
Saiz Buku: 140 mm x 110 mm
Halaman: 80
Banyak pewangi mengandungi hanya sejumlah kecil bauan semula jadi, tetapi lebih bahan kimia sintetik yang berpotensi berbahaya. Banyak bahan kimia dalam pewangi adalah bahan kimia yang sama dalam asap rokok.
Menurut Akademi Sains Kebangsaan AS, 95% bahan kimia yang digunakan dalam pewangi adalah sebatian sintetik yang berasal dari petroleum. Ia termasuklah toksin yang diketahui mampu menyebabkan kanser, kecacatan sewaktu lahir, gangguan sistem saraf pusat dan tindak balas alahan.
Bahaya yang sama juga tersembunyi dalam pelbagai produk pewangi pengguna seperti syampu, sabun, deodoran, produk bayi, penyegar udara, krim selepas cukuran, alat solek, produk cucian, lilin, alat mainan dan sebagainya.
Pewangi bukan sekadar wangi dihidu – apabila anda menggunakan produk bauan pada kulit, sesetengah bahan kimianya boleh diserap ke dalam tubuh.
Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepada: marketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku