Merungkai Perangkap Budaya Pengguna

RM9.00

Budaya pengguna yang bersifat kebendaan menjurus kepada keruntuhan kemanusiaan.

Add To Cart
Category:

Description

ISBN 983-3083-05-6
Saiz Buku: 120 x 170 mm
Halaman: 136
Harga: RM9.00

Budaya pengguna masa kini yang mementingkan kebendaan menjurus kepada kemusnahan alam sekitar dan keruntuhan kemanusiaan sepenuhnya. Penduduk negara-negara maju mempunyai pemilikan harta jauh melampaui imaginasi kebanyakan kita di negara membangun, tetapi mereka tidak bahagia. Kemiskinan moral dan kerohanian masyarakat Barat jauh lebih sukar dari kemiskinan harta benda yang ditanggung oleh fakir miskin di India.

Buku ini meneliti bagaimana budaya tersebut kian memusnahkan kita dan bagaimana penduduk di seluruh dunia sedang mencabar budaya ini. Kita melihat kepada kemungkinan baru, potensi dan amalan peneroka, orang luar, pemilik visi atau kreatif, malah orang biasa yang mahukan perubahan ke arah masa depan yang lebih baik. Mereka memberikan kepada kita perspektif dan harapan yang warga biasa boleh membuat perubahan yang bermakna jika kita mahu berfikir dan bertindak dalam cara yang berbeza.

Sebahagian contoh yang dapat dilihat dalam buku ini:
• Cara untuk memotong bajet tanpa menjejaskan kualiti hidup
• Kenapa rakan dan keyakinan diri boleh memberi jaminan berbanding pelbagai stok potfolio
• Bagaimana suri rumah di Jepun bekerjasama untuk mendapatkan harga yang rendah, makanan yang menyihatkan dan pengaruh politik
• Kenapa arah yang terpenting bagi masa kini ialah kembali ke belakang
• Bagaimana sebuah bandar di Brazil menjadi bandar yang paling “hidup” di dunia
• Bagaimana penduduk Eropah menukar jalan-jalan mereka kepada tempat untuk kediaman orang ramai
• Sistem ekonomi baru yang menjadikan kehidupan lebih kaya dengan berkongsi masa
• 30 cara yang sukar untuk menyelamatkan bumi
• Kenapa penyembelihan iklan patut dibendung
• Keperluan melindungi persekitaran budaya daripada menyuntik keganasan, seks rambang dan berleluasa dan mementingkan kebendaan

 

Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepadamarketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku

Additional information

Weight 0.130 kg