Description
ISBN 983-3083-93-0
Saiz Buku: 140 x 110 mm
Halaman: 68
Monosodium Glutamate atau MSG, adalah sejenis bahan perasa yang ditambah ke dalam makanan. Menurut industri pengeluar makanan ianya “asli” dan “selamat” untuk dimakan. Tetapi berhati-hatilah! Kini muncul semakin banyak bukti yang menunjukkan MSG mungkin lebih beracun daripada yang disangka.
Ramai golongan perubatan kini mula mengakui MSG sebagai sejenis “excitotoxin”, iaitu dadah yang merosakkan sel-sel otak. Ia dikatakan bahan yang menagihkan, dan disebut sebagai racun yang secara perlahan-lahan memudaratkan kesihatan penduduk Barat. Malah dalam kadar yang cukup besar, ia boleh membawa maut.
Namun begitu, ramai doktor, ahli pemakanan dan pengguna kurang mengetahui kesan-kesan toksik MSG. Ini kerana pengeluar MSG dan industri makanan yang diproses (yang bernilai berbilion dolar) berbelanja besar ke atas pengiklanan dan perhubungan awam, dengan mendakwa MSG adalah ramuan “asli”, semata-mata untuk meyakinkan pengguna bahawa MSG selamat dimakan.
Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepada: marketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku