PROMOSI BUKU CAP DI SELURUH KEDAI

Sempena Hari Buku Sedunia CAP memberikan diskaun 30% untuk buku-buku kami dalam bahasa yang berbeza.

Kunjungi kedai buku CAP di https://consumer.org.my/ms/shop-malay/

APA ADA DALAM ROTI?: Panduan CAP

Saiz buku: 140 x 110mm

Halaman: 52

Kebanyakan makanan hari ini yang dihasilkan secara besar-besaran melenyapkan khasiat sebenar dan penuh dengan bahan penambah kimia. Makanan yang diproses hari ini bukanlah daripada versi yang dimakan oleh nenek moyang kita dahulu.

Sebahagian besar khasiatnya telah dikeluarkan daripadanya ketika proses pembuatan. Struktur molecular asas daripada apa yang kekal juga merosot dan khasiat pemakanannya juga bermutu rendah. Salah satu daripada makanan itu ialah roti.

10 Perkara Mengenai Roti Industri Moden

Terlalu banyak bahan penambah / Terlalu banyak garam / Lemak trans tersembunyi / Penggunaan ragi berlebihan / Enzim yang meragukan / Tepung beracun / Sisa racun makhluk perosak / Logam berat  / Kehilangan khasiat makanan / Rambut manusia sebagai ramuan