KALSIUM karbonat merupakan satu lagi ramuan bukan makanan yang sering terkandung dalam makanan bayi yang diproses (misalnya dalam biskut rusk, beras bercampur susu, daging lembu bersama sayur dan buah campur).
Sebenarnya ia adalah nama lain bagi kapur.
Ramuan kalsium karbonat amat bermanfaat kepada pengeluar kerana ia membantu membaur campuran adunan, tidak berketul atau keras. Ia turut digunakan sebagai pewarna, menjadikan makanan kelihatan lebih putih.
Namun kalsium karbonat telah diharamkan di beberapa negara, antaranya Kanada dan Sweden.
Kandungan tinggi kapur (kalsium karbonat) dalam diet boleh menyebabkan sembelit. Penyerapan kalsium yang berlebihan pula boleh meningkatkan masalah gangguan yang dikenali sebagai ‘hypercalcaemia’, yang boleh menyebabkan kalsium berkumpul dalam buah pinggang, jantung dan organ lain.
Kapur dalam makanan bayi dikatakan tidak perlu kerana susu ibu (dan susu rumusan bayi) kaya kalsium. Selain kalsium karbonat, anda juga perlu perhatikan dicalcium phosphate – satu lagi kalsium yang turut dimasukkan ke dalam makanan bayi.
Maklumat lanjut: http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/2/20