RASA SEDIH? MAKAN AVOCADO

Tahukah Anda: Makanan yang anda makan secara langsung memberikan kesan kepada kesejahteraan psikologi anda. Rasa sedih? Cuba avokado. Avokado boleh membantu melawan kemurungan. Ia mengandungi lemak sihat yang menyuburkan otak; serta kalium dan magnesium yang membantu menenangkan badan dan minda.

Buah ini juga mempunyai folat dan Vitamin K, kedua-duanya mengurangkan simptom kemurungan. Ia juga mengandungi triptofan, yang menghasilkan hormon gembira, serotonin dalam otak.