Kurangkan penggunaan dan pembelian bahan plastik untuk mengurangkan kegunaan tenaga, bahan mentah dan sisa di tapak pelupusan.
Sejak 1950, hampir separuh daripada semua plastik berakhir di tapak pelupusan atau dilonggokkan dengan sewenang-wenangnya, dan hanya 9% plastik yang digunakan dikitar semula dengan sempurna (Reinventing plastics, 2019).
Mengurangkan penggunaan plastik boleh menggerakkan dasar kerajaan dan komitmen peniaga untuk menyingkirkan plastik yang tidak perlu.
Tindakan yang boleh diambil:
> Beli dalam jumlah yang banyak untuk mengelak pembungkusan.
> Elak menggunakan plastik dari kedai runcit, dan bawalah beg anda sendiri.
> Beli barangan kegunaan rumah yang tidak berbungkus plastik seperti sabun cecair, yang menghasilkan bertan pembungkus, boleh ditukar dengan sabun ketul.
> Mengisi mesin basuh sebelum mencuci akan mengurangkan jumlah serat plastik yang mengalir keluar ke parit.
Peniaga melabur dalam kajian untuk model penghantaran baharu tanpa menggunakan plastik. Kerajaan pula membentuk undang-undang bagi kandungan kitar semula minimum untuk mengurangkan pengeluaran plastik asli.