RETHINK: Menilai semula tabiat pengambilan untuk mengurangkan penggunaan plastik

Menilai semula tabiat pengambilan untuk mengurangkan penggunaan plastik; ini boleh mengurangkan jumlah sisa yang terhasil dan mencegah bocoran ke dalam alam sekitar.

Tanpa tindakan, aliran plastik tahunan ke laut boleh mencecah hampir tiga kali ganda menjelang 2040 (laporan PEW, 2020).

Memikirkan semula mengenai plastik memastikan nilai barangan dijaga dalam sistem ‘gelung tertutup’ yang menggalakkan syarikat untuk memperbaiki pendekatan ke rantaian bekalan.

Tindakan yang boleh diambil:

> Beli barangan yang tidak berbungkus  (seperti produk kegunaan rumah atau kosmetik)

> Gunakan produk dengan lebih lama

> Gunakan produk kegunaan rumah dan kosmetik pekat

> Berhati-hati dengan plastik  dalam produk seperti lapisan dalam botol keluli tahan karat, tin logam dan uncang teh.

> Menurut Ellen MacArthur Foundation, lebih dari 90 peratus botol biasa produk pencuci cuma air – buatlah sendiri produk pencuci mesra alam bagi mengurangkan jejak plastik.

Menggesa peniaga lebih terbuka dalam mendedahkan penggunaan bahan plastik. Kerajaan boleh memperkenalkan mekanisme dana untuk memacu inovasi ke arah teknologi baharu bagi menangani peringkat akhir jangka hayat plastik yang sukar dikitar semula.