SEMUT LEBIH BAIK DARIPADA RACUN MAKHLUK PEROSAK

Semut boleh mengurangkan makhluk perosak pada tahap yang setanding dengan racun makhluk perosak, demikian menurut kajian terbaharu dari Brazil.

Penyelidik meneliti 52 kajian terhadap 17 tanaman yang berbeza. Tanaman itu termasuklah sitrus, mangga, kubis bunga soya, kapas, dan ubi keledek, yang ditanam di negara termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Brazil dan Australia. Semut didapati amat cekap dalam menghalang pelbagai jenis makhluk perosak. Semakin pelbagai populasi semut, semakin banyak makhluk perosak yang dikawalnya.

Semut juga didapati amat menyukai kawasan yang teduh dan kepelbagaian tumbuhan, ini bermakna petani boleh melaksanakan pelbagai amalan mampan dalam satu masa (menanam lebih banyak tanaman yang pelbagai dan bukannya monokultur dan menggunakan semut sebagai kawalan makhluk perosak biologi). Di kawasan yang teduh, semut dapat mengurangkan jumlah makhluk perosak sebanyak dua kali lebih banyak.

Kawalan makhluk perosak biologi biasanya lebih baik untuk alam sekitar. Ia bukan sahaja lebih murah, malah ia juga lebih baik dalam mencegah hakisan tanah.

Baca lagi:

https://www.zmescience.com/…/ants-better-than…/