Sesi Konsultasi Awam bagi Cadangan Pelaksanaan Penandaan Harga Ubat di Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta dan Farmasi Komuniti di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan sesi konsultasi awam bagi cadangan pelaksanaan Inisiatif Penandaan Harga Ubat di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta serta farmasi komuniti di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].

Sesi konsultasi ini bertujuan untuk menerangkan cadangan pelaksanaan inisiatif dan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan.

Anda adalah dijemput untuk memberikan maklum balas melalui Unified Public Consultation (UPC) bermula 15 Julai 2024 sehingga 20 Ogos 2024 di pautan berikut: https://upc.mpc.gov.my/…/%25cspapp.bi.work.nc.custom…