Suatu Masa Dahulu…

Mainan Ringkas Yang Membentuk Perkembangan Diri

Dulu, sebelum wujudnya tablet dan game online, kanak kanak duduk diam di lantai, pegang gunting kecil, potong anak patung kertas dan pakaikan baju warna-warni.

Setiap helai baju jadi pintu cerita baharu. Pagi pergi sekolah, balik rumah jadi Princess, bertukar tukar fesyen gown kembang.

Ramai yang tidak tahu, proses menggunting, melipat, dan menukar pakaian pada anak patung melatih kemahiran tangan–mata (hand-eye coordination) serta kemahiran motor halus.

Mereka belajar membuat keputusan kecil seperti memilih baju sesuai untuk tidur, keluar, atau majlis. Secara tidak langsung, ia melatih logik dan perancangan.

Sambil bermain, mereka bercerita dan gunakan imaginasi sekali gus membantu pemahaman sosial dan emosi. Tanpa sedar, inilah latihan imaginasi murah, ringkas, tapi penuh makna.

Mainan ini bukan sekadar hiburan, ia adalah memori zaman kanak-kanak yang membentuk siapa kita hari ini.

Sumber: Public Health Malaysia