Itulah dasar yang dilaksanakan di Halifax, ibu negeri Nova Scotia, Kanada, yang tidak menggalakkan pemakaian produk pewangi di pejabat perbandaran, perpustakaan, hospital, bilik darjah dan bas.
Sebahagian besar produk pewangi moden dihasilkan daripada petroleum, bukan bunga sebenar. Banyak di antaranya juga mengandungi ramuan yang tidak disenaraikan dalam label, termasuk bahan-bahan yang boleh menimbulkan kesan alahan kepada sesetengah pengguna.
Tanda-tanda alahan kepada wangian atau haruman termasuklah tindak balas biasa “alahan” seperti bersin, hidung dan mata berair, sakit kepala, kurang mampu memberikan tumpuan, rasa pening, masalah pernafasan seperti sesak nafas atau nafas terengah-engah, selain gatal-gatal dan ruam pada kulit.
Dalam rokok, golongan bukan perokok menderita daripada merokok pasif. Begitu juga dengan mereka yang tidak memakai pewangi turut menerima kesan daripada menghidu wangian tersebut.
Berikutan kebimbangan mengenai kesan pewangi terhadap kesihatan, banyak tempat mengambil inisiatif mengharamkan pemakaian produk seumpamanya. Tempat kerja bebas haruman atau wangian boleh ditemui di Detroit City, institusi pendidikan Minnesota, Maryland dan Portland State University. Anda juga tidak dibenarkan memakai pewangi ketika bermesyuarat di tempat awam Santa Cruz, California.
Panduan CAP: https://consumer.org.my/ms/product/pewangi-adalah-racun-2/