Di China, adalah menjadi satu perkara biasa bagi pelajar untuk tidur sekejap pada siang hari di sekolah pada waktu tengah hari. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sesetengah sekolah telah memperkenalkan kaedah bagi pelajar berbaring semasa mereka tidur sekjap pada siang hari, seperti melalui kerusi dan katil bersandar.
Tradisi tidur sekejap pada tengah hari bertujuan untuk menyediakan murid bagi pembelajaran pada waktu petang. Tidur sekejap pada siang hari boleh meningkatkan tumpuan dan pengekalan maklumat, dan dengan itu menjadi kunci kepada gred yang lebih baik. Menurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), tidur sekejap pada siang hari boleh meningkatkan kewaspadaan, membantu meningkatkan daya ingatan, dan membantu meningkatkan minda kreatif.
Kajian 2019 dari Universiti Pennsylvania dan Universiti California, Irvine, yang diterbitkan dalam jurnal SLEEP menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidur sekejap pada tengah hari cemerlang dalam akademik, lebih gembira dan mempunyai masalah tingkah laku yang lebih sedikit.
Dilaporkan bahawa melaksanakan waktu tidur sekejap pada siang di di sekolah juga boleh memanfaatkan keupayaan pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah.
(Gambar: Science Olympiad Foundation)