Serat merupakan nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk melancarkan sistem penghadaman. Selain itu, serat dapat membantu menstabilkan gula dan mengawal paras kolesterol dalam darah.
Antara sumber kaya serat termasuklah roti bijirin penuh, kekacang, legum, sayur dan buah.
Oleh itu, orang ramai perlu meningkatkan pengambilan serat dalam hidangan harian.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia