TUJUH BELAS KEJAHATAN BAYER-MONSANTO – 17 Produk yang dahsyat dan toksik dari Bayer dan Monsanto

20 Mei 2022

Oleh Nick Meyer

Bayer menyelesaikan pembelian Monsanto pada 2018, dalam satu langkah yang telah dibantah oleh para pelabur syarikat itu sendiri dalam beberapa bulan kebelakangan ini selaras dengan pelbagai tindakan berbilion dolar terhadap syarikat itu.

Sejak itu, reputasi syarikat racun makhluk perosak, GMO dan syarikat farmaseutikal Jerman itu telah terjejas dengan ketara kerana dikaitkan dengan Monsanto dan tindakan undang-undang Roundup/kansernya yang berterusan.

Bayer dan Monsanto mempunyai banyak persamaan, bermula dengan produk toksik yang mereka bawa ke pasaran.

Ini hanyalah senarai pendek yang menjadi sebab utama – ‘Toksik 16’ – mengapa anda harus memboikot Bayer-Monsanto, sebuah syarikat yang tidak beretika dan menjadi bencana ke atas manusia dan planet ini.

1.   Agen Oren

Monsanto menjadi salah satu daripada dua pengeluar utama bahan kimia perang ini pada awal 1960-an.

Gabungan 2,4-D dan 2,4,5-T ini sering digunakan untuk peperangan kimia semasa Perang Vietnam sebagai racun herba dan peranggas. Formula Monsanto mempunyai lebih banyak dioksin, produk sampingan yang dianggap sebagai salah satu bahan paling toksik yang pernah diketahui oleh manusia, daripada versi yang dibuat oleh Dow Chemical.

Pendedahan kepada bahan kimia itu telah meninggalkan warisan kecacatan kelahiran berbilang generasi, kanser, dan banyak lagi penyakit lain pada veteran tentera dan rakyat Vietnam.

2.  Aldicarb

Diklasifikasikan sebagai “amat berbahaya” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kategori tertingginya, racun perosak yang dicipta oleh Bayer ini sebelum ini digunakan pada pokok sitrus sebelum 2010, apabila Bayer dan EPA mencapai persetujuan untuk berhenti menggunakannya.

Ia diklasifikasikan sebagai neurotoksin berbahaya. Walaupun terdapat risiko ini, EPA baru-baru ini mempertimbangkan untuk meluluskannya semula.

3.   Aspartame

Ditemui secara tidak sengaja semasa penyelidikan mengenai hormon gastrousus, Monsanto memperolehi pengeluar G.D. Searle pada 1985 dan mula memasarkan pemanis kontroversi itu sebagai NutraSweet.

Walaupun ia masih dianggap selamat oleh FDA, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat sebelum ini mengeluarkan laporan yang menyenaraikan 94 isu kesihatan yang mungkin disebabkan oleh pemanis itu dan kajian di Perancis baru-baru ini mengaitkannya dengan peningkatan risiko kanser yang berkaitan dengan payudara dan obesiti.

4.   Bom Atom dan Senjata Nuklear

Monsanto memperolehi Makmal Thomas dan Hochwalt dan menukarkannya kepada bahagian mereka sendiri dengan menjadikannya sebagai Jabatan Penyelidikan Pusat.

Dari 1943 hingga 1945, kumpulan itu menyelaraskan teknik bagi menapis bahan kimia untuk digunakan dalam senjata atom.

5.  Baycol

Pada 2001, Bayer memanggil semula ubat ini untuk pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi selepas ia dilaporkan menyebabkan sekurang-kurangnya 31 kematian dan dikaitkan dengan gangguan otot yang dipanggil rhabdomyolysis, keadaan yang menyebabkan buah pinggang tersumbat dengan protein daripada tisu otot yang mati.

Penarikan balik itu menelan belanja kepada Bayer $1.2 bilion, dan beberapa laporan telah mengaitkannya dengan lebih banyak kematian.

6.  Hormon Pertumbuhan Lembu (rBGH)

Dibangunkan oleh Monsanto dan tiga lagi syarikat lain termasuk gergasi farmaseutikal Eli Lilly, hormon pertumbuhan lembu rekombinan, juga dikenali sebagai rBST, telah menunjukkan peningkatan kepekatan IGF-1, protein yang ditemui secara semula jadi dalam susu. Paras darah yang lebih tinggi bagi protein ini telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara pramenopaus dan masalah kesihatan lain.

rBST telah diharamkan di EU pada 1990. Ia masih dibenarkan di Amerika Syarikat, dan FDA tidak memerlukan syarikat untuk melabelkan penggunaannya dalam produk mereka.

7.  DDT

Monsanto menjadi salah satu pengeluar pertama racun serangga ini pada tahun 1944.

Pada 1972, DDT telah diharamkan di seluruh Amerika Syarikat selepas kesan berbahaya bahan kimia itu didedahkan oleh penyelidikan luar. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa cucu perempuan seorang wanita yang terdedah kepada DDT beberapa dekad yang lalu lebih berkemungkinan untuk datang haid lebih awal, lebih mudah menjadi obes dan mungkin mempunyai risiko 4x lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Bahan kimia ini juga dikaitkan dengan kematian secara besar-besaran helang botak dan burung lain, yang didokumenkan dalam buku terkenal Rachel Carson ‘Silent Spring.’

8.  Essure

Bayer mula memasarkan peranti kawalan kelahiran Essure pada 2002 selepas menerima kelulusan FDA sebagai peranti pensterilan wanita yang tidak memerlukan pembedahan.

Selama bertahun-tahun, produk ini telah mencederakan puluhan ribu wanita. Tuntutan tindakan saman oleh 39,000 orang menghasilkan penyelesaian $1.6 bilion daripada Bayer pada 2020. Bayer sejak itu telah menghentikan Essure.

9.  Ethoxyquin

Dibangunkan oleh Monsanto pada 1950-an, racun makhluk perosak sintetik dan antioksidan ini tidak digunakan secara meluas dalam makanan manusia, tetapi masih digunakan dalam makanan haiwan dan makanan haiwan peliharaan. Ia telah didapati mempunyai kesan toksik dan mutagenik pada haiwan dan manusia. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai ethoxyquin dalam laporan GMO/Toxin Free USA.

10.  Baja berasaskan Bahan Api Fosil

Pada 1955, Monsanto mula mengeluarkan baja berasaskan petroleum selepas membeli kilang penapisan minyak utama. Baja berasaskan petroleum boleh membunuh mikroorganisma tanah yang bermanfaat, mensterilkan tanah dan mewujudkan pergantungan petani, seperti ketagihan, kepada penggantian sintetik. Air larian baja menyebabkan pencemaran tanah dan air serta bertanggungjawab terhadap pembungaan alga dan kematian hidupan laut yang besar. Bukanlah satu ketagihan terbaik untuk dimiliki, memandangkan kesan pergantungan kepada bahan api fosil ini terhadap perubahan iklim…

11.  GMO

Juga dikenali sebagai organisma yang diubah suai secara genetik, istilah GMO digunakan untuk menggambarkan tumbuhan atau haiwan yang telah direkayasa dalam makmal.

Monsanto pertama kali membawa jagung, kapas, soya dan kanola yang menjalani penyambungan gen dengan DNA daripada bakteria dan virus ke pasaran pada pertengahan 1990-an. Monsanto ialah syarikat benih GMO yang terbesar, tetapi Bayer juga tidak ketinggalan.

Kedua-dua syarikat itu telah membelanjakan berjuta-juta untuk memastikan ciptaan makmal ini daripada dilabelkan. Pangkalan data kajian menunjukkan bukti akan bahaya, yang dikeluarkan oleh GMO/Toxin Free USA, telah menjelaskan mengenai risiko kesihatan yang tidak terkira banyaknya yang ditimbulkan oleh organisma ini.

Pengambilalihan Monsanto oleh Bayer pada 2018 menjadikan gabungan syarikat itu terbesar di dunia untuk benih dan racun makhluk perosak, yang memiliki 25% daripada pasaran.

12.  Ubat Pembekuan Darah Tercemar HIV

Satu bahagian daripada Bayer bernama Cutler Biological menjual berjuta-juta dolar ubat pembekuan darah tercemar HIV kepada pesakit hemofilia, demikian menurut DrugWatch.com.

Ubat itu menjangkiti beribu-ribu orang di Amerika Syarikat dan di luar negara dengan HIV dan hepatitis C. Ramai yang mati.

Bayer menubuhkan dana $600 juta dengan tiga syarikat lain untuk menyelesaikan tindakan undang-undang, tetapi tidak mengakui kesalahan.

13.  Neonics

Bayer telah mematenkan bahan yang dipanggil imidacloprid pada 1985 sebagai neonicotinoid komersial pertama.

Neonicotinoid ialah kelas racun serangga yang terlibat secara meluas dalam pemusnahan populasi lebah dan burung. Racun makhluk perosak ini telah menjadi subjek pengharaman dan tindakan undang-undang di seluruh Eropah dan di luar. Walaupun terdapat pergerakan yang semakin meningkat untuk mengharamkan racun serangga neonicotinoid di Amerika Syarikat, ia masih dibenarkan dan digunakan secara meluas pada banyak tanaman makanan.

14.  PCB

Monsanto mula mengembangkan operasi kimianya kepada polychlorinated biphenyl (PCB) pada awal 1920-an untuk menghasilkan cecair penyejuk bagi peralatan elektrik berskala besar.

50 tahun kemudian, ujian mendedahkan kerosakan kesihatan yang besar disebabkan oleh PCB terhadap tikus makmal.

Sedekad kemudian, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menerbitkan laporan yang memetik PCB sebagai punca kanser pada haiwan.

Bahan ini telah diharamkan secara global pada 2001, tetapi tindakan undang-undang oleh individu, bandar dan negeri berterusan terhadap syarikat itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana PCB sentiasa ditemui di dalam badan air di seluruh Amerika Syarikat.

15.  Polistirena

Produk plastik sintetik keluaran Bayer ini masih digunakan secara meluas dalam pembungkusan.

Ia menduduki tempat ke-5 dalam senarai bahan kimia 1980-an EPA yang pengeluarannya menghasilkan sisa paling berbahaya secara keseluruhan.

16.  Roundup

Bahan utama dalam racun herba popular ini ialah glyphosate, yang telah diisytiharkan sebagai “kemungkinan karsinogen manusia” pada 2015 oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC).

Dicipta oleh Monsanto, pengenalan Roundup juga telah membawa kepada tanaman yang diubah suai secara genetik ‘Roundup Ready’ yang telah direkayasa untuk tahan kepada dos racun herba toksik yang besar. Bukan sahaja racun herba, sejumlah besar Roundup disembur pada tanaman bukan GMO seperti kacang pis, kacang, lentil, tebu dan bijirin untuk mengeringkan tanaman bagi penuaian yang lebih cepat dan mudah. Roundup adalah racun herba yang paling banyak digunakan di dunia, kini didapati turun bersama di dalam hujan dan di dalam darah kebanyakan orang.

Glyphosate pertama kali dipatenkan oleh Stauffer Chemical sebagai chelator yang digunakan untuk membersihkan dan menyahkerak dalam paip dan dandang komersial, dan kemudiannya sebagai antibiotik yang dianggap berkesan terhadap malaria.

Glyphosate mengikat dan mengeluarkan mineral penting daripada tanah, makanan dan badan kita.

Sifat antibiotik glyphosate telah dikaitkan dengan kerosakan kepada mikrobiome pada manusia dan tanah. Mikrobiome yang sihat dan pelbagai telah didapati memainkan peranan penting dalam sistem imun dan kesihatan mental.

17.  Sakarin

Pemanis tiruan, sakarin adalah produk pertama Monsanto.

Kajian yang dijalankan pada awal 1970-an dan kajian 1998 oleh Institut Kanser Kebangsaan (NCI) mengaitkan pemanis sintetik dengan kanser pada manusia. Label amaran telah ditambahkan kepada pemanis tiruan dan ia disenaraikan sebagai karsinogen. Ia kemudiannya diharamkan untuk masa yang singkat tetapi pengharaman itu kemudiannya ditarik balik apabila pihak industri menuntut lebih banyak penyelidikan dan bukti.

Ia bukanlah peraturan kerajaan yang menjatuhkan sakarin, pemanis tiruan pertama —sekurang-kurangnya tidak secara langsung. Ancaman pengharaman sakarin membawa kepada  pengeluar untuk menyelidik dan mencipta alternatif. Pada 1965 aspartame ditemui; 1976 sucralose; dan 2002 neotame. Hari ini, sakarin, yang pernah menjadi raja pemanis tiruan yang tidak dapat dipertikaikan, ketinggalan daripada pemanis sintetik yang lebih baharu dan bersaing.

Sumber: GMO Free USA

Pautan kepada artikel asal:

https://gmofreeusa.org/bayer-monsantos-sinister-seventeen-17-terrible-and-toxic-products-from-bayer-and-monsanto/?fbclid=IwAR3mfRLS5gJ8Gg04qZ9-IKg4RF6NEfCxNnnfsMa5eMDM2WxdA_a-EE7pRVo