No products in the cart.

Bulan: April 2016

KELALAIAN TUGAS SURUHANJAYA TENAGA

Lima tahun selepas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan (pada 25 Oktober 2010) kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) mengenai penjualan “bantal pemanas” yang dipanaskan melalui bekalan elektrik, ST mengeluarkan arahan melarang import, pengilangan, penjualan, pengiklanan produk pada 23 Oktober 2015. Bagaimanapun, tiada penguatkuasaan terhadap arahan itu. CAP dapat membeli satu daripada...
Baca Lagi

Pokok untuk Bumi

CAP meraikan Hari Bumi 2016 Planet kita kini kehilangan lebih 15 bilion pokok setiap tahun, bersamaan dengan 48 padang bola setiap minit. Di Malaysia, kita telah kehilangan pokok-pokok untuk memberi laluan kepada pembangunan, pembalakan, perladangan berskala besar, perbandaran, projek jalan raya, dan lain-lain. Tanggungjawab kita kini adalah untuk menghentikan penebangan pokok sewenang-wenangnya...
Baca Lagi

Pencemaran Bau: Pencemaran Alam Sekitar yang Mesti Dicegah Kerajaan Perlu Berkhidmat untuk Rakyat bukannya Korporat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa untuk mempertimbangkan dengan serius pencemaran bau sebagai isu alam sekitar yang penting kerana ianya menjejaskan kualiti hidup masyarakat dan hak untuk persekitaran yang bersih. Usaha untuk mencegah bau yang tidak menyenangkan adalah perlu untuk mengekalkan kualiti alam sekitar yang bersih dan juga kualiti hidup. CAP amat kecewa...
Baca Lagi

600 NELAYAN PANTAI TELUK BAHANG DIANCAM PENCEMARAN LAUT – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa berkenaan menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran laut yang turut mengancam sumber pendapatan 600 nelayan pantai di Teluk Bahang ketika. Masalah yang serius berlaku sejak tiga bulan yang lalu itu telah menyebabkan nelayan terbabit tidak turun ke laut kerana ikan dan udang...
Baca Lagi

CAP Gesa Tanah Sawah Di Kampung Ewa, Langkawi Dipulihkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Pertanian Kedah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera membantu 30 petani di Kampung Ewa, Pulau Langkawi memulihkan tanah sawah yang tidak dapat diusahakan dan terbiar sejak tiga tahun yang lalu. Keadaan ini berlaku kerana tanah sawah seluas 100 ekar di kampung tersebut tidak mempunyai sumber bekalan air yang...
Baca Lagi

Haramkan Pewarna Ponceau 4R – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan pewarna Ponceau 4R. Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa negara seperti  Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya.  Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum. Dalam kajian terbaharu kami...
Baca Lagi

Hentikan Pemusnahan Tanah Gambut

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Sarawak menghentikan pembangunan di kawasan tanah gambut di negeri itu. Antara pembangunan yang sedang berjalan kini ialah konsesi BLD Plantation Berhad di Utara Sibu. Analisis imej satelit yang dilakukan oleh Friends of Orangutans (FOTO) menunjukkan antara Jun dan September 2015, BLD telah membersihkan secara purata 11 hektar sehari. Pembangunan dan...
Baca Lagi

Kenakan Levi Ke Atas Minuman Ringan Bergula 

Wabak diabetes di Malaysia dalam kalangan orang dewasa meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 25 tahun lepas, daripada 6.3% pada 1986 kepada 20.8% pada 2011. Pada 2015, wabak diabetes di Malaysia lebih tinggi berbanding purata dunia dengan 3.3 juta orang menghidap diabetes dan kos rawatan mencapai 7 bilion ringgit. Malaysia merupakan salah sebuah negara pengguna gula tertinggi di dunia. Menurut...
Baca Lagi

Hutan Simpan Piah Perlu Diurus Secara Seimbang Dan Dikekalkan Keluasan Sedia Ada

Merujuk kepada laporan khas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 28 Mac 2016 bertajuk ‘Hutan Simpan Kekal Piah dirobek’, Sahabat Alam Malaysia (SAM) memang sedar berdasarkan kajian kes yang dilakukan sebelum ini. Izinkan SAM menjelaskan fakta terutama pada perenggan pertama laporan tersebut supaya pembaca tidak keliru berhubung maksud dan tafsiran Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan...
Baca Lagi