No products in the cart.

Bulan: November 2019

Jilid 43-4-2019

Pendedahan, Pandangan dan Kebijaksanaan Luar Biasa Akhbar dwibulanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Kami mempunyai berita yang anda tidak akan temuinya di dalam akhbar lain – bahan yang tidak menjadi halangan bagi kami untuk menyiarkan jenama, syarikat atau orangnya di dalam pendedahan kami, tidak seperti akhbar komersial lain bergantung kepada syarikat untuk iklan mereka atau dimiliki oleh...
Baca Lagi

Tidak menstrukturkan pelajar menengah atas adalah satu langkah ke arah yang betul

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengucapkan syabas kepada Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik kerana memperkenalkan model pendidikan yang lebih fleksibel bagi pelajar menengah atas. Kami percaya melalui pengenalan sistem baharu ini, pelajar tidak akan berasa didesak ke laluan kerjaya tertentu kerana mereka telah distrukturkan selepas PT3. Buat masa ini, terdapat dua perkara yang kami...
Baca Lagi

Langkah Untuk Memulakan Perlombongan Nadir Bumi di Perak Amat Tidak Bertanggungjawab

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang apabila mendapati satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Perak dan Syarikat China, Chinalco GXNF Rare Development untuk menjalankan penerokaan galian nadir bumi di Perak. Perkara ini didedahkan melalui kenyataan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada 16 November baru-baru ini, dengan pihak...
Baca Lagi

Merokok dan Vape: Satu perkara yang sangat membahayakan

Baru-baru ini Ahli Parlimen, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggantung sementara pengharaman merokok di tempat makan terbuka pada 1 Januari 2020 “sehingga peraturan yang lebih sempurna dilaksanakan untuk industri vape”. Gesaannya tidak masuk akal. Pengharaman merokok dan vape di tempat makan termasuk di tempat terbuka tidak terlepas daripada...
Baca Lagi

Tindakan Tegas Diperlukan Terhadap Penderaan Haiwan

Kemunculan berterusan berita mengenai penderaan haiwan di dalam media massa dan sosial memerlukan perhatian serius daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Bilangan kes kekejaman terhadap haiwan amat mengejutkan berlaku dengan agak tidak terkawal itu hanyalah sejumlah kecil daripada yang sebenarnya memandangkan kebanyakan kes tidak pernah dilaporkan. Kekejaman dan pengabaian ini meliputi semua...
Baca Lagi

Kerja Tanah di Cerun Bukit yang Curam di Mount Erskine, Pulau Pinang – SAM Gesa Pihak Berkuasa Jelaskan Apa yang Sedang Berlaku

.... Kerja tanah yang dijalankan di cerun yang sangat curam di Mount Erskine, Pulau Pinang, sangat dekat dengan pangsapuri Mont Residence.   Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat cemas dan bimbang berhubung kerja-kerja tanah dan pemotongan bukit yang sedang dijalankan di kawasan cerun yang amat curam di Mount Erskine, Pulau Pinang, berdekatan dengan pangsapuri Mont Residence di Tanjung Tokong....
Baca Lagi

Jangan Dorong Anak-anak Kita Ke Jalan Raya

Anak-anak yang terlibat dalam kegiatan Basikal Lajak perlu disediakan dengan kemudahan dan ruang yang sesuai dengan bakat mereka dalam persekitaran yang selamat. Ini adalah sesuatu yang lumrah. Mereka tidak seharusnya didorong ke jalan raya di mana mereka boleh dianggap mengganggu dan membahayakan diri mereka sendiri serta orang lain. Isu Basikal Lajak muncul sejak 2001 dalam bentuk kecilan di...
Baca Lagi

Haramkan Semua Rokok Elektronik dan Peralatan Vape

Terdapat tiga kes yang disyaki penyakit berkaitan vape yang dilaporkan di Malaysia baru-baru ini dan ia sepatutnya menjadi satu amaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan semua rokok elektronik dan peralatan vape. Kerajaan tidak sepatutnya melibatkan industri tembakau dalam sebarang perbincangan dasar kawalan tembakau kerana industri tembakau diketahui mencampuri...
Baca Lagi

Jalan Bawah Mount Erskine BUKAN Pilihan Terbaik

Kenyataan ini adalah maklum balas kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang mendakwa bahawa jalan bawah (underpass) Mount Erskine adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah lalu lintas seperti yang dilaporkan di dalam The Star, 8 November 2019. Kami mengemukakan lima alasan kenapa ia bukan pilihan terbaik tetapi ia membazirkan wang pembayar cukai dan perlu dibatalkan. 1. Projek ini bukan...
Baca Lagi

Penglibatan VVIP Dalam Perdagangan dan Pemburuan Haram Hidupan Liar

Pendedahan terbaharu oleh Ketua Polis Negara (KPN) bahawa ada VVIP terlibat dalam pemburuan dan perdagangan haram hidupan liar amat membimbangkan. Menghentikan pemburuan haram ini memerlukan tindakan menentang mereka yang kaya dan berpengaruh yang sering berkaitan dengan kumpulan jenayah terancang. Ia bukan hanya mengenai menangkap dan memenjarakan pemburu kerana terdapat bekalan tanpa henti...
Baca Lagi