No products in the cart.

Day: Mac 13, 2020

Langkah-langkah Ekonomi Kecemasan untuk Malaysia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengambil langkah-langkah dalam membantu rakyat menangani situasi ekonomi semasa, yang diburukkan lagi oleh wabak Covid-19 pada masa ini. Ia diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 bahawa Covid-19 boleh “dicirikan sebagai pandemik”. Wabak ini melanda lebih daripada 100 buah negara dan wilayah dengan...
Baca Lagi

Kerajaan Perlu Kawal Bekalan dan Mensubsidikan Harga Topeng Muka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang situasi semasa wabak Covid-19 dengan rasa bimbang memandangkan sehingga 10 Mac 2020, virus itu telah menjangkiti 116,345 mangsa di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi, Covid-19 memberikan kesan negatif terhadap ketersediaan dan kos banyak produk farmaseutikal dan perubatan (termasuklah topeng muka) memandangkan China merupakan pengeluar dan pengeksport...
Baca Lagi

Malaysia sekali lagi gagal tangani isu keselamatan di tempat kerja

Pada 5 Mac lalu, dua orang pekerja Bangladesh maut di tapak pembinaan projek perumahan di Mentakab, Temerloh, Pahang apabila mereka tertimbus runtuhan tanah yang dikumpulkan di tepi lubang yang dikorek, ketika mereka sedang memasang paip pembetungan. Laporan selanjutnya mengatakan ketika kedua mangsa menjalankan kerja dalam lubang sedalam 6 meter itu, terdapat dua jentera berhampiran lubang...
Baca Lagi

Hak penjagaan kesihatan bagi pendatang tanpa izin demi melindungi rakyat

Malaysia setakat ini hanya melihat 36 kes COVID-19 di mana sebahagian besar mangsa kini sudah pulih; ini membuatkan kita berasa selamat, seolah-olah tidak ada apa yang akan terjadi sungguhpun perebakan virus COVID-19 di luar China semakin buruk. Namun begitu terdapat kelemahan yang ketara dalam sistem kita yang belum ditangani dengan sempurna dan mungkin akan menjadi punca perebakannya di negara...
Baca Lagi

Majlis Bandaraya Perlu Tangani Masalah Parkir Kereta Yang Tidak Berkesudahan

Penduduk Pulau Pinang kini berhadapan dengan masalah dalam mencari ruang letak kereta awam di kawasan komersial memandangkan banyak daripadanya diambil oleh pekerja pejabat untuk tempoh masa yang panjang, biasanya lebih daripada lapan jam. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai supaya memperkenalkan Peraturan untuk...
Baca Lagi