No products in the cart.

Bulan: Mac 2020

Benarkan Penyembelihan Ayam Itik Di Pasar Basah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membenarkan penyembelihan ayam itik di pasar memandangkan pengguna seharusnya mempunyai pilihan antara ayam itik yang telah siap diproses dan dengan ayam itik yang disembelih di pasar basah. Alasan untuk tidak melakukan penyembelihan ayam itik di pasar basah itu tidak cukup kuat kerana terdapat cara untuk...
Baca Lagi

Mahkamah Persekutuan Perlu Menangguhkan Semua Permohonan Kebenaran Perbicaraan Sehingga PKP Berakhir

Dengan pengenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dilaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan berkata bahawa semua kebenaran untuk pemohonan rayuan dijadualkan akan didengar daripada 15 April hingga 30 April akan diputuskan berdasarkan hanya kepada penghujahan bertulis, tanpa kehadiran peguam untuk berhujah di hadapan panel Hakim Mahkamah Persekutuan. Permohonan kebenaran di Mahkamah Pesekutuan...
Baca Lagi

Pencerobohan & Penerokaan Haram di Sebahagian Hutan Simpan Bukit Larut,Perak

... Di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak mustahil akan berlaku kegiatan-kegiatan yang berkaitan kesalahan-kesalahan hutan. Antara kegiatan yang berkaitan kesalahan-kesalahan hutan ialah memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) tanpa permit, dan penerokaan haram kawasan HSK. Berdasarkan makluman awam dan rujukan koordinat di peta topo, disyaki sebahagian Kompartmen 33, Hutan Simpan...
Baca Lagi

Jadikan Pulau Jerejak Sebagai Pusat Kuarantin Sementara Untuk Menangani Situasi COVID-19

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mempertimbangkan bagi menggunakan Pulau Jerejak sebagai pusat kuarantin sementara bagi wilayah utara. Ini bukanlah satu idea remeh memandangkan ia telah digunakan sebagai pusat kuarantin kesihatan bagi pendatang pada 1875 dan hanya lima minit perjalanan menggunakan bot dari Pulau Pinang. Ia mempunyai kawasan tanah, terasing dan disebabkan ia...
Baca Lagi

NELAYAN SUNGAI KERIAN DI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG BIMBANG DENGAN KEHADIRAN BOT KENKA

Umum mengetahui bahawa udang galah merupakan hasil tangkapan utama bagi 200 hingga 300 nelayan sungai di Sungai Kerian, Nibong Tebal tidak kira nelayan tulen ataupun nelayan sampingan. Pendapatan dan hasil tangkapan mereka bergantung kepada hasil sungai untuk menjana ekonomi harian namun kini pendapatan mereka seolah dirompak dan dirosakkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Sahabat...
Baca Lagi

Langkah-langkah Ekonomi Kecemasan untuk Malaysia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengambil langkah-langkah dalam membantu rakyat menangani situasi ekonomi semasa, yang diburukkan lagi oleh wabak Covid-19 pada masa ini. Ia diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 bahawa Covid-19 boleh “dicirikan sebagai pandemik”. Wabak ini melanda lebih daripada 100 buah negara dan wilayah dengan...
Baca Lagi

Kerajaan Perlu Kawal Bekalan dan Mensubsidikan Harga Topeng Muka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang situasi semasa wabak Covid-19 dengan rasa bimbang memandangkan sehingga 10 Mac 2020, virus itu telah menjangkiti 116,345 mangsa di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi, Covid-19 memberikan kesan negatif terhadap ketersediaan dan kos banyak produk farmaseutikal dan perubatan (termasuklah topeng muka) memandangkan China merupakan pengeluar dan pengeksport...
Baca Lagi

Malaysia sekali lagi gagal tangani isu keselamatan di tempat kerja

Pada 5 Mac lalu, dua orang pekerja Bangladesh maut di tapak pembinaan projek perumahan di Mentakab, Temerloh, Pahang apabila mereka tertimbus runtuhan tanah yang dikumpulkan di tepi lubang yang dikorek, ketika mereka sedang memasang paip pembetungan. Laporan selanjutnya mengatakan ketika kedua mangsa menjalankan kerja dalam lubang sedalam 6 meter itu, terdapat dua jentera berhampiran lubang...
Baca Lagi

Hak penjagaan kesihatan bagi pendatang tanpa izin demi melindungi rakyat

Malaysia setakat ini hanya melihat 36 kes COVID-19 di mana sebahagian besar mangsa kini sudah pulih; ini membuatkan kita berasa selamat, seolah-olah tidak ada apa yang akan terjadi sungguhpun perebakan virus COVID-19 di luar China semakin buruk. Namun begitu terdapat kelemahan yang ketara dalam sistem kita yang belum ditangani dengan sempurna dan mungkin akan menjadi punca perebakannya di negara...
Baca Lagi

Majlis Bandaraya Perlu Tangani Masalah Parkir Kereta Yang Tidak Berkesudahan

Penduduk Pulau Pinang kini berhadapan dengan masalah dalam mencari ruang letak kereta awam di kawasan komersial memandangkan banyak daripadanya diambil oleh pekerja pejabat untuk tempoh masa yang panjang, biasanya lebih daripada lapan jam. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai supaya memperkenalkan Peraturan untuk...
Baca Lagi