No products in the cart.

Bulan: April 2020

GAIK Bantah Cadangan Insinerator di Jeram, Kuala Selangor

Gabungan Anti-Insinerator Kebangsaan (GAIK) ingin menarik perhatian orang ramai bahawa sebuah insinerator sedang dicadangkan di Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Jeram di Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor, Selangor. Projek yang dicadangkan adalah insinerator piringan bergerak, yang digelar sebagai loji “sisa kepada tenaga”, berkapasiti 1,200 tan/hari yang lokasinya bersebelahan dengan...
Baca Lagi

Kerajaan perlu mengiktirafkan hak-hak orang pelarian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) rasa kecewa dengan cadangan yang tidak berperikemanusiaan daripada beberapa pihak bahawa Malaysia sepatutnya menghalang dan juga mengusir pelarian Rohingya yang ada di negara kita. Mereka telah melarikan diri daripada negara asal mereka kerana nyawa mereka terancam dan ia sama seperti menjatuhkan hukuman mati jikalau kita mengusir mereka. Memang ada...
Baca Lagi

Pihak Berkuasa Negeri Perlu Tegas Membendung Kegiatan Pencerobohan dan Penerokaan Haram Kawasan Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Pihak Berkuasa Negeri Kelantan tegas dalam membendung kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram untuk tujuan perlombongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tanah Kerajaan terutama dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Walaupun negara masih dalam tempoh pelaksanaan PKP, Pihak Berkuasa Negeri perlu mengarahkan agensi-agensi yang berkenaan...
Baca Lagi

Kerajaan Perlu Berwaspada Mengenai Pengeluaran KWSP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merakamkan sokongannya terhadap kenyataan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tunku Alizakri Alias baru-baru ini yang mengingatkan para pencarum bahawa simpanan mereka adalah "untuk masa depan" dan tidak harus dikeluarkan. Beliau menjelaskan bahawa 71.4 peratus daripada mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan kurang dari satu...
Baca Lagi

Carlsberg Malaysia tidak boleh menyertakan sebarang iklan semasa kempen pembersihan mereka di sekolah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyampaikan perasaan bercampur-baur yang kita ada mengenai berita bahawa Carlsberg Malaysia, melalui kempen Safer Schools, menaja perkhidmatan pembasmian kuman ataupun pembersihan untuk 680 sekolah vernakular di zon merah Covid-19 serta menderma termometer dipegang tangan ke semua sekolah vernakular yang layak. Dalam masa ketidakpastian ini, ia sangat...
Baca Lagi

FIKIRKAN SEMULA PARADIGMA PEMBANGUNAN UNTUK MENGHINDARI KRISIS PADA MASA DEPAN BERIKUTAN SALAH URUS ALAM SEKITAR

Hari ini, 22hb April adalah Hari Bumi. Ianya adalah hari untuk mengingati Bumi dan bagaimana kita memperlakukannya. Kali ini, Hari Bumi berlangsung pada masa COVID-19 melanda Bumi kita, ketika ekonomi dunia tergendala, dengan sekatan serta kawalan diadakan untuk menangani kesan buruk dari pandemik kesihatan ini. Ia juga merupakan masa ketika pelepasan gas rumah hijau dan tahap pencemaran turun di...
Baca Lagi

Hentikan Penggunaan Hempedu Beruang Dalam Rawatan COVID-19

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat bimbang apabila mengetahui bahawa Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah mengesyorkan penggunaan hempedu beruang dalam rawatan kes COVID-19 yang teruk dan kritikal. Langkah ini merupakan tamparan hebat bagi para pelindung alam di seluruh dunia kerana pada 24 Februari, China telah mengumumkan larangan perdagangan hidupan liar yang menyeluruh dan...
Baca Lagi

Syarikat Mesti Bayar Bagi Pemeriksaan Covid-19

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati amat mengejutkan bahawa Pertubuhan Keselamat Sosial (PERKESO) bersetuju untuk menanggung bayaran bagi pemeriksaan Covid-19 bagi semua pekerja yang berkerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini mengumumkan bahawa pekerja dari syarikat yang dibenarkan untuk...
Baca Lagi

Syarikat telekomunikasi perlu lebih prihatin terhadap pelanggan mereka semasa PKP

Malaysia kini dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan daripada kita telah berada terkurung di rumah untuk lebih dari lima minggu. Kita bukan sahaja bekerja, menjalankan persidangan video dan menjalankan pembelajaran tetapi juga membeli-belah dan menghiburkan diri di atas talian melalui internet. Pada masa seperti ini talian internet dan telefon amat diperlukan, oleh itu...
Baca Lagi

FAMA – cekapkan kerja!

Kala ini merupakan masa kritikal bagi negara. Petani sayur-sayuran dengan hasilnya untuk dijual. Pengguna dengan permintaan untuk sayur-sayuran ini. Tetapi nampaknya, rantaian bekalan adalah terputus atau tidak berfungsi dengan berkesan. Oleh itu, petani menyimpan hasilnya dan pengguna menjangkakan harga sayur akan meningkat seawal minggu depan. Menurut sumber pasaran Persatuan Pengguna Pulau...
Baca Lagi