Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat dan sebaiknya dimakan secara keseluruhan. Makan 2 cawan buah dan 2½ cawan sayur setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan kanser, di samping membantu menguruskan berat tubuh.
Tetapi jika anda bergelut untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari, mungkin kerana anda tidak menikmatinya atau anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu yang menyukarkan pengambilan atau penyerapan nutrien, jus memudahkan anda memasukkan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet, dan adalah cara yang mudah untuk mendapatkan pelbagai nutrien penting.
Mengambil jus memberikan sistem pencernaan berehat daripada mencerna serat. Jus juga cenderung mempunyai kepekatan nutrien yang lebih besar bagi setiap auns tetapi perlu diingat: ia juga cenderung mengandungi gula yang tinggi. Jus buah-buahan yang dibuang seratnya boleh meningkatkan paras gula dalam darah kerana tiada serat untuk melambatkan penyerapan gula.
Walaupun jus buah-buahan boleh menjadi bahagian berguna dalam diet seimbang untuk sesetengah orang, anda perlu menyediakannya dengan cara yang lebih sihat.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat:
> Membuat jus buah-buahan dengan pengisar dan bukannya dengan mesin pemerah jus. Mengadun bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan menghasilkan minuman dengan bahan kimia dan serat tumbuhan yang lebih sihat. Dengan membuat jus anda mungkin kehilangan sebatian penting lain yang terdapat dalam pulpa dan membran buah dan sayur.
> Semua jenis jus (walaupun sayuran) mengandungi sangat sedikit, jika ada pun serat atau protein. Tambah serat, protein atau lemak (contohnya: avokado, biji chia, serbuk kacang atau yogurt tanpa gula) pada jus untuk menjadikannya lebih sihat.
> Sediakan jus sebanyak yang anda boleh minum sekali gus. Bakteria berbahaya boleh berkembang dengan cepat dalam jus yang baharu dibuat.
Bersedia untuk jus? Berikut adalah 6 jus yang sihat untuk dipertimbangkan.
(Gambar melalui Organic Live Food)