Rempah terkenal dengan khasiat perubatannya. Ia dibungkus dengan sebatian tumbuhan yang mempunyai kesan perlindungan yang kuat pada tubuh, dan telah digunakan selama berabad-abad dalam sistem perubatan tradisional.
Bagaimanapun, penggunaan yang paling biasanya adalah dalam makanan. Terdapat lebih daripada 100 rempah ratus yang biasa digunakan dalam masakan di seluruh dunia, dan sesetengahnya telah terbukti sebagai sumber pekat antioksidan iaitu bahan yang melindungi sel daripada kerosakan.
Tetapi rempah ratus tidak perlu terhad kepada kegunaan masakan untuk memperoleh manfaat kesihatannya. Sesetengah rempah boleh dikunyah dengan mudah untuk melegakan pelbagai penyakit biasa contohnya: bunga cengkih untuk sakit gigi dan loya, jintan hitam untuk menyegarkan nafas, dan lada hitam untuk membersihkan hidung tersumbat (kisar atau pecahkan dahulu untuk memudahkan pengambilannya).
Lihatlah gambar di bawah daripada Holistic Magazine, bagi butiran lanjut.








