LATIHAN PERTANIAN ASLI CAP untuk Pelajar YAYASAN MYSKILLS
(Bahagian 3)
Menggabungkan agroekologi ke dalam semua institusi pendidikan akan menjadi satu cara yang berkesan bagi generasi akan datang untuk terus membawa benih transformasi. Institusi pendidikan menyediakan ruang dan masa bagi mengembangkan inisiatif alam sekitar.
Pemahaman yang lebih mendalam mengenai fakta ekologi, cabaran, dan pendekatan yang betul untuk menanganinya hanya mungkin dengan mempelajari kedua-dua teori dan bahagian amali agroekologi, yang boleh dilaksanakan dengan berkesan oleh institusi pendidikan.
Ini penting untuk kemampanan dan kemakmuran hidupan di planet ini.
Pada 2019, tiga puluh pelajar dari Yayasan MySkills dilatih oleh CAP mengenai pertanian asli. Mereka diajar kaedah pengkomposan, bagaimana untuk membuat penggalak pertumbuhan, kaedah persediaan penghalau serangga, dan teknik semburan, semuanya akan meningkatkan keluaran dan tambah nilai kepada hasil mereka.
Pelajar mempelajari kaedah pengkomposan semula jadi menggunakan rumput kering, daun dan sayur-sayuran. Tahi lembu dicairkan dan disimbah pada bahan kompos untuk mempercepatkan proses pengkomposan.
Kaedah pengkomposan menekankan pertanian bersepadu, di mana petani menggunakan input ladang untuk menaik taraf ladang.