Ahli politik yang terlibat dalam perjudian haram dalam talian adalah ancaman kepada ekonomi dan keselamatan

Pada Jun tahun ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat naungan politik dalam aktiviti perjudian haram dalam talian di Malaysia. Perkara ini amat serius tetapi identiti ahli politik terbabit tidak didedahkan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sejak itu mengumumkan bahawa SPRM kini sedang menyiasat beberapa ahli politik dan jika terbukti (mereka terlibat) maka ia akan dianggap sebagai satu kesalahan. Beliau juga berkata bahawa SPRM tidak akan mengumumkan siapa ahli politik ini atau mereka ini dari parti mana.

Kami memuji SPRM kerana mengambil tindakan segera bagi memulakan siasatan terhadap  pihak yang (berpotensi) bersalah. Perjudian haram dalam talian adalah perkara yang sangat serius kerana ia menimbulkan ancaman ekonomi dan keselamatan kepada negara kita. Bagi ahli politik kita untuk terlibat secara aktif dalam perkara ini adalah menggerunkan.

Adalah menjadi harapan kami agar SPRM akan terus memandang serius perkara ini dan menjalankan siasatan secara menyeluruh. Siasatan perlu diselesaikan secepat mungkin dan ahli politik yang terlibat dalam kes ini turut didakwa.

 

 

Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Siaran Akhbar, 17 Julai 2023