Terlalu banyak masa dihabiskan di hadapan skrin, sama ada TV, telefon bimbit atau komputer ia tidak baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Putuskan hubungan daripada teknologi dan berhubunglah dengan alam semula jadi dengan lebih kerap.
Berada di alam semula jadi mengurangkan kemarahan, ketakutan, dan tekanan serta meningkatkan perasaan yang menyenangkan. Pendedahan kepada alam semula jadi bukan sahaja membuatkan anda berasa lebih baik dari segi emosi, ia menyumbang kepada kesejahteraan fizikal anda, mengurangkan tekanan darah, kadar denyutan jantung, ketegangan otot dan penghasilan hormon tekanan.
Alam semula jadi menyembuhkan dan memulihkan. Dengan berada di alam semula jadi ia mengingatkan kita betapa indahnya kehidupan ini.
(Gambar melalui plantsages)