APA ITU PROBIOTIK & PREBIOTIK?

Tahukah anda? Usus kita merupakan salah satu organ penting dalam sistem penghadaman makanan manusia. Pelbagai masalah berkaitan usus seperti sembelit, keradangan, cirit-birit dan juga kanser kolon boleh berlaku jika kesihatan usus tidak dijaga.

Pengambilan probiotik dan prebiotik yang mencukupi dapat membantu dalam menangani dan mengurangkan risiko kepada masalah ini.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari bagi mendapatkan manfaat daripada keseimbangan sumber probiotik dan prebiotik ini.

~ Nutritionist Perak

Sumber: Nutritionist KKM