ASBESTOS MEMBAWA MAUT – Kesedaran Menyelamatkan Nyawa

Asbestos adalah mineral yang sangat toksik dan berbahaya. Semua bentuk asbestos, termasuk krisotil, adalah karsinogenik kepada manusia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menghapuskan penggunaan asbestos adalah cara paling berkesan untuk mencegah penyakit berkaitan asbestos. Lebih daripada 70 negara telah mengharamkan sepenuhnya semua jenis asbestos kerana kesan kesihatan yang dahsyat akibat pendedahan kepada serat.

Asbestos krisotil masih diimport dan digunakan di beberapa negara, termasuk Malaysia, terutamanya di dalam produk seperti kepingan bumbung, bahan simen dan komponen industri.

Memahami bahaya asbestos adalah langkah pertama dalam melindungi kesihatan kita dan generasi akan datang. Memandangkan penyakit berkaitan asbestos boleh mengambil masa beberapa dekad untuk muncul, pendedahan selalunyatidak disedari sehinggalah kemudaratan serius dilakukannya.

“Asbestos Mengancam Nyawa: Haramkan Krisotil Sekarang” menerangkan mengapa asbestos sangat berbahaya dan bagaimana ia menjejaskan kesihatan. Buku kecil untuk meningkatkan kesedaran ini membantu orang ramai mengenali risiko, mengambil tindakan pencegahan dan menyokong langkah ke arah persekitaran yang lebih selamat dan bebas asbestos.

Muat turun naskhah percuma anda di sini:
ASBESTOS MALAY