No products in the cart.

Pengarang: Admin

SIASAT PUNCA RIBUAN IKAN MATI DI SUNGAI TIRAM – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Tiram dekat Bayan Lepas di sini berikutan kejadian ribuan ikan mati terapung di permukaan sungai itu kelmarin. Tinjauan CAP sepanjang sungai berkenaan sejauh hampir 2km hingga ke jeti nelayan Permatang Damar Laut...
Baca Lagi

ANCAMAN SENYAP: MAKANAN GM DI MALAYSIA

Sekatan atau pengharaman pengeluaran organisma diubahsuai secara genetik (GMO) wujud di banyak negara di seluruh dunia. Namun Malaysia telah meluluskan lapan jenis jagung dan enam jenis kacang soya yang telah diubahsuai secara genetik (GM) untuk makanan, makanan ternakan dan pemprosesan. Di samping itu, kelulusan juga telah diberikan bagi kajian lapangan nyamuk GM, betik, dan pelepasan produk GM...
Baca Lagi

TUTUP SAHAJA INDUSTRI PEMBINAAN

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita lantai mezzanine di sebuah pasar raya di Alor Gajah tiba-tiba roboh hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pekerja. Kini kita dikejutkan sekali lagi dengan berita bahawa 92.5% tapak pembinaan di negara ini tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan. Persoalannya, adakah Malaysia perlu berhenti membina...
Baca Lagi

Dorongan Diperlukan untuk Menggerakkan Pertanian Bandar

Pertanian bandar semakin berkembang di seluruh dunia, sama ada diusahakan secara sendiri mahupun secara komuniti. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru kerajaan Malaysia untuk mempertingkatkan sokongan kepada komuniti dan individu untuk bergerak ke arah mengusahakan tanaman makanan di bandar. Pertanian bandar dan pinggir bandar adalah dalam bentuk penanaman sayur di belakang rumah, di...
Baca Lagi

Kutipan Hutang Mesti Dikawal

Hutang isi rumah negara ini setinggi 88% daripada Keluaran Negara Kasar dan dengan purata, nisbah bayaran semula hutang adalah sekitar 44% (ia bermaksud bahawa 44% daripada pendapatan digunakan untuk membayar hutang). Tambahan pula, secara purata seramai 55 orang diisytiharkan bankrap setiap hari. Ini bermakna ramai orang tidak mampu atau mungkin tidak lama lagi juga tidak mampu untuk membayar...
Baca Lagi

Haram Membeli Surat Pajak Gadai

Sudah bertahun-tahun amalan membeli surat pajak gadai berlaku di negara ini. Menurut agensi penguatkuasa, Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adalah tidak sah atau haram bagi sesiapa sahaja untuk membeli surat pajak gadai. Di sebalik undang-undang dan denda yang dikenakan tidak melebihi RM20,000 atau penjara...
Baca Lagi

Penggubal Undang-Undang Kanan dari Negara TPP Gesa Pemimpin Lindungi Kedaulatan Negara daripada Perakuan Amerika Syarikat

Ahli Parlimen Kanan dari lima negara yang sedang merundingkan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) telah menandatangani surat terbuka menggesa pemimpin politik mereka supaya melindungi kedaulatan negara mereka daripada peroses perakuan Amerika Syarikat. Mereka yang menandatanganinya adalah dari Australia, Kanada, Jepun, Malaysia dan New Zealand termasuk bekas ahli Parlimen Kanan serta...
Baca Lagi

KEGIATAN MELOMBONG BIJIH TIMAH DI PERSISIRAN LAUT JEJAS PENDAPATAN NELAYAN

Lebih kurang 200 nelayan pantai di Sungai Batu, dekat Pantai Remis daerah Manjung, Perak terjejas sumber pendapatan harian akibat kegiatan carigali dan perlombongan bijih timah oleh sebuah syarikat di kawasan tangkapan mereka. Masalah yang berlaku dan dihadapi oleh nelayan-nelayan di sini sejak operasi lombong  bijih timah bermula bulan lalu telah menyebabkan hasil tangkapan ikan serta udang...
Baca Lagi

Tapak pelupusan di Teluk Mengkudu, Perak: Adakah ia Pembuangan Sampah Haram?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut menemui tempat pembuangan sampah di Teluk Mengkudu dalam tinjauan kami di daerah Manjung di negeri Perak. Kami bingung kerana Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 29 Ogos 2013 telah menolak Laporan Terperinci Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEIA) untuk tapak pelupusan sanitari tahap 4 yang akan dibangunkan di tanah milik...
Baca Lagi

CAP SOKONG BOT PUKAT RAWA SORONG DILUPUSKAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas dalam usaha menghapuskan aktiviti bot pukat rawa sorong yang diharamkan penggunaannya di negara ini. Mengikut Akta Perikanan 1985, mereka yang didapati bersalah kerana melanggar peraturan-peraturan yang termaktub di bawah akta ini boleh dikenakan denda RM20,000.00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya...
Baca Lagi