Awas! Jangan jadi mangsa phishing. Sekali pandang, link nampak “real”.… Tapi sekali klik, data dan wang anda boleh hilang sekelip mata. Ingat: Scammer cuma perlukan satu klik untuk ambil akses perbankan anda.
Lindungi diri dari menjadi mangsa:
● Elak klik pautan mencurigakan: Kalau ragu – jangan tekan!
● Semak frasa/ imej keselamatan. Pastikan betul sebelum masukkan maklumat.
● Periksa URL dengan teliti: Cari “https://” & ikon .
● Guna bookmark laman rasmi: Akses terus tanpa melalui link luar.
Sentiasa amalkan Konsep 3S:
1 Soal kesahihan maklumat yang disampaikan.
2 Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda.
3 Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguatkuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya anda menjadi mangsa:
● Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
● Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
● Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
(Sumber: Balai Polis Selayang)
– dipetik daripada FB/ Amaran Scam


